Saturday, May 25, 2013

Mama.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Meet me again *shake hand please*

Mama. Perkataan bermakna. Aku ada emak yang dipanggil mama. Kedengaran agak comel di situ. Hekhekhek.

Kali ni entri pasal mama. Aku rasa aku ada mama yang paling superb and much awesome maybe. Kitorang lapan beradik setakat ni tak pernah lagi kebulur tak makan nasi ataupon kehausan sebab tak minum air. Abah selalu kata dari dulu sampai kitorang(abah,mama) care pasal korang baik. Tiptop. Ini tak dapat dinafikan meh.

Bagi aku mama superb tiptop. Dari aku tadika sampai sekarang ni breakfast untuk kitorang sebelum pergi sekolah wajib dan mesti ada. Paling cincai dia buat nasi goreng. Nasi lemak. Mee goreng. Bihun goreng. Segala yang goreng goreng dengan adik beradik mee tu la mama buat. Kalau dia rajin breakfast pon dah macam makan tengah hari. Kadang tu ada sup ketam. Terer tak terer la mama aku tu kan.

Dari aku sekolah rendah kalau aku nak bawak bekal mama yang siapkan. Even sapukan nutella dekat roti. Tu pon mama aku buat kan. So orang terdekat or family terdekat memang cakap kitorang manja sangat. Botol air yang hari hari aku bawak sekolah tu pon mama yang isi kan. See? Semua mama. Mama. Mama. Mama. Since stay hostel memang terasa sangat semua benda ni. Dah lain. Lagi lagi part aku dah tak boleh bawak bekal yang mama buat. Seminggu sebelum masuk hostel aku dah praktis benda ni. Hahaha. Gila bajet tough aku dengan semua ni. Tapi bila masuk hostel tipu la aku tak rindu macam mana mama layan aku sebelum aku pergi sekolah. Really miss it.

Kadang kadang kat DM tu makanan rasa tawar habis still telan gak. At least buat isi perut even tak habis. Nak cari roti telur mama kang celah mana pulak. Memang rasa setiap breakfast tu nak balik rumah. Nak makan atas meja makan dekat rumah. Sometimes mama buat teh o dengan milo. Aku paling suka horlicks mama.  Dekat rumah everyday aku minum susu. Tapi tu semua dulu. Before aku duduk hostel. Sekarang tak lagi. Atas meja makan tu pon air yang aku dengan adik adik aku bakal minum mama yang tuangkan. Mama aku best. Sumpah best. Kengkadang tu aku pernah gak tacing dengan mama sebab tak buat kan roti dengan nutella. Dia buatkan adik adik punya je. Aku terus gi basikal bajet nak terus gi sekolah tapi masa salam mama mesti mama dah hulur roti tu. Dia tahu anak dia sentap. Hahaha. Gua memang mengada kalau dekat rumah. Harap mengerti.

Kalau shopping aku mesti nak ada mama. Kalau aku dengan orang lain even ada duit pon aku akan ragu ragu nak beli. Entah la kenapa. Nak cari barang ke baju ke apa ke. Semua nak mama. Aku nak mintak dia punya pendapat walaupon kengkadang tu aku nak je barang tu tapi nak jugak dia cakap something. Lagi sakit part shopping baju raya. Aku suka memilih. Aku pilih lama. Mama ikot kan je. Kalau part makan kat luar mama abah memang tak cerewet dan tak de hal. Aku kalau jadi tukang order makan luar tak sah meja tak penuh. Abah dengan mama buat muka redha je. Hahaha. My mama the best ATM forever bebeh. Hahaha. Kalau aku tengah ada mood sangat sangat jangan hairan la aku beli barang banyak banyak. Mama muka redha je swipe kredit kad. Kalau tengah tak ada mood mama pelawa amende sekalipon baju voir paling mahal pon aku tak layan. So, mood adalah sangat penting.

Isnin ni kakak aku bakal ke matrik. This is mean rumah hanya tinggal mama, adik dua orang dan abang seorang. Abang aku tu gaya dok rumah cam dok hotel je. Workholic betei. Menyampah betei. Mama cakap dengan aku minggu lepas "Kau puasa ni duduk asrama ke? Duduk luar tak boleh?" "Kau ni asyik demam je duduk asrama, balik je la" Tak dapat dinafikan since dok hostel aku kerap batuk. Alah dengan amende entah pon aku tak tahu. Kat sini aku syak mama rindu aku. Wakakaka. Dalam makna yang lebih deep dia perlukan aku. Mama aku ni lahaii. Tengah aku tak seronok duduk hostel dulu tak dibaginya aku keluar. Aku dah enjoy kemain ni ajak keluar pulak. Ehh, dilema betei.

Tu belum part dia kata puasa nanti dia dengan adik adik je. Terawih bertiga je. Ke masjid bertiga je. Weh, sedih la dengar. Mama aku ni pandai main bahasa jiwa jiwa sekarang ni.

Whatever happen mama is always in my heart. Always and forever. Anis sayang mama. Tak dapat imagine andai satu hari nanti mama takde. Mati itu pasti. Ya betul. Aku tak nafikan. Tapi aku tak dapat bayang lagi mana hidup aku nanti kalau mama aku takde. Seriously, deep in my heart. AKU SAYANG MAMA !

No comments: