Thursday, June 6, 2013

Entri petang petang.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Entri petang petang. Aku rasa macam tak ada life doh. Serius. Duduk rumah je. Cuti kali ni serius rasa 'weh anak dara siot aku ni'. Aku jadi cenggini sebab takdo geng takdo kawan nak gi meronggeng. Tu je kot.

Mood serius.

Kita hidup ni dekat bumi Allah. Yang cantik indah ni la bumi Allah. Kita hidup ada up and down nya. Tak selalu ada kat atas tak selalu ada kat bawah. Macam roda la kejap kat atas kejap kat bawah. Hidup jangan nak poyo poyo sangat. Jangan nak berlagak berlagak sangat. Watlek watpeace je cukup. Tenang. Simple.

Orang mengata kita? Panas hati kan. Siapa boleh tahan. Aku pon tak boleh dengar orang kutuk aku belakang belakang ni. Tak best. Orang mengata kita elok biarkan aje. Ni orang kata tapi bagi aku meh la kutuk depan depan. Jumpa. Cakap apa yang tak puas hati. Senang.

Manusia tak pernah puas hati dengan apa yang dia ada. Senang cerita tak bersyukur. Ehem ehem. Aku bercakap pasal diri aku sendiri. Ya. Aku ni macam tak pernah nak bersyukur padahal apa yang aku nak insyaAllah la abah dengan mama ikotkan. Setakat tak mengarut tak melampau parents aku on je. Kadang kadang kita ni tak boleh nak tengok orang yang lebih daripada kita. Cuba tengok orang yang tak ada apa yang kita ada. Senang cerita tengok orang susah. Tak pon gini, orang yang ada BMW tengok la orang yang guna EXORA je. Orang yang guna EXORA je ni tengok la orang yang pakai KANCIL. Orang yang pakai KANCIL ni tengok la orang yang naik MOTOR. Orang yang naik motor ni  tengok la ORANG YANG JALAN KAKI. Just that. Ini aku ambil contoh entah sape sape. Tak ingat. Deep.

Entri suka suka dan tak perli sesiapa pon. Entri isi petang hari. Sebenarnya nak muhasabah diri dengan cara yang paling santai. Sekian, peace.


No comments: