Sunday, June 2, 2013

Pasal aku. Ehh?

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Entri lagi? Ni namanya aku ada idea dan aku bosan. K.

Telinga kosong. Mulut menguyah pistachios. Harap aku update dalam keadaan tenang.

Entri kali ni pasal myself. Amboi kemain myself. Macam nak buat essay masa form1 dulu pulak. Aku tak tahu nak start cemana tapi bila aku dah mula menaip ni memang bercerita on the spot la. Apa yang aku terfikir aku taip okay. Aku rasa aku sendiri tak kenal diri aku. Hmm. Sadlife la. Mood aku sendiri pon boleh bertukar tukar. Aneh. Satu je yang aku perasan kat diri aku ni, aku selalu jiwa kacau.

Jiwa kacau? Ye ye ye. Mood tak betul. Lapar tapi tak makan. Bosan tapi duduk je dalam bilik. Dengar lagu volume high to the max. Cair taik telinga. Pelik. Aku dah biasa. Jiwa kacau nye sekejap je dalam satu malam. So tak kronik mana la kan. Karang karang okay balik.

Afzal suka sibuk sibuk pasal crush aku la. Suruh couple la. Serabut siot dia tu. Life aku. Sukahati aku la. Setakat ni aku tak desperate lagi la nak couple. Hidup simple simple dah. Boleh hidup je sampai sekarang ni even single. Single rock kan? Yeahh. Tough.

Aku remaja. Teen. Suka dekat orang tu normal la. Ye dokk? Bagi aku suka tu crush gegitu je. Takde la admire sangat sampai nak jadi stalker tak bergaji dan sweet talker sepanjang masa. Kengkadang je aku buat semua tu. Eh kantoi. Wakakaka. Seriously, aku tak ada crush kat sesape sekarang ni.

Aku seorang yang tak suka buat first move. Yayayayaa. Malas doh. Malas. Bagi aku dalam satu conversation, biar orang yang start dulu. Aku tukang reply je. Pastu sekarang ni aku jenis tak beriya iya nak dapatkan something tu. Kalau dapat, dapat la. Kalau tak dapat aku let go je. Bagi aku look foward and move on. Dah. Cukup. Tak payah nak sibuk sibuk mengejar apa yang tak confirm lagi untuk kita. Susah. Menyusahkan. Nanti sendiri yang makan hati.

Aku ni jenis cepat lupa orang. Serius. Bila dapat kawan baru yang ajet ajet teman tapi mesra mesti aku lupakan yang sebelum tu. Sumpah perangai aku ni teruk nak mampuih *jerk face* Entah. Dont know why. Tapi mungkin sebab aku orang yang konon selalu ada dengan aku tu je la yang kawan dengan aku. Yang dah tak contact aku pejadah tu semua dah lupa aku. Camtu la. Kalau aku dah comfort dengan sorang ni mesti aku suka dia. Selesa la kawan dengan orang tu. Kalau boleh semua benda nak diceritakan nya. Lagi lagi aku ni kaki gebang. Lagi sembang kencang. Hahaha.

Lately ni, aku selalu rindu kengkawan aku. Tak kisah ahh lelaki  ke perempuan. Mungkin faktor cuti sekolah kot. Kot. Kot la kan.


No comments: