Friday, June 14, 2013

Tragedi.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

I'm home.
Jangan tanya kenapa aku ada kat rumah. Aku tak ada jawapan yang kukuh untuk itu.

Entri hari Jumaat. Biasanya hari Jumaat aku akan pergi pasar. Biasa pergi dengan Jia aka Ju On aka kakak aku. Disebabkan dia takde aku pergi dengan Boo aka Tymah. Dah plan dari pagi kot nak gi pasar. Dia lambat sikit aku yg over excited siap awal. Redha je la. Kalau ikut janji aku naik satu motor je dengan dia tapi aku ni tetiba tukar mood nak lerr bawak motor sendiri. Dok hostel mana ada naik motor. Lepas gian lerr konon ni. So memasing dengan motor sendiri.

Dah sampai pasar aku park motor aku kat tempat yang tak pernah aku park. Kira first time sangat. Awkward gila park kat situ. Lepas dah letak helmet dekat bawah seat tu aku terus la masuk pasar. Mula mula masuk pasar tu aku rasa kocek aku kosong gila. Aku bajet sebab fon aku Boo yang pegang so aku watlek je la. Memang Boo pegang  pon. Pastu terus masuk pasar dengan lenggang kangkung dan jalan itik.

Motif ke pasar nak cari tudung dengan makanan. Dalam empat ke lima gerai tudung aku dah singgah baru la dapat satu yg berkenan. Nak bagi orang kan pilih la yang cencantik. Lepas beli tu lepak la gerai makan. Nak makan isi perut. Takdo nak isi perut sgt pon nak buang duit aje tu. Dah order makanan Boo pergi beli air dekat kedai lain. Aku nampak atas meja makan ada kunci motor Boo lepastu baru aku teringat kunci motor aku. Aku raba raba poket aku. Kosong? Mak aihhh. Aku dah cuak dah. Lepastu makanan sampai. Makanan sampai aku bangun terus nak pergi dekat motor. Jumpa Boo dekat tengah semak samun orang tu pastu aku cakap dengan dia "Kunci motor aku tertinggal la" Boo yg tengah pegang air tu follow je aku. Gila gelabah aku jalan. Habis semua orang aku langgar. Boo siap perli "Kau lari je la nis" Weh, aku tengah gelabah dia buat lawak pulak. Dalam tengah jalan ni kat kepala hotak aku dah fikir memacam. "Kalau motor hilang ni apa aku nak jawab dengan abah, mama, abang-abang, kakak." "Kalau hilang ni aku nak nangis je." Aku dah terbayang bayang dah keluar masuk balai polis buat report pasal motor hilang semua tu. Cuak sangat. Takut.

Sampai je kat motor. Aku tengok tempat kunci motor yg dekat seat tu, tempat aku tinggal kunci tu, kunci tu dah tak ada. Tak ada weh. Tak ada. Cuak. Gelabah. Gigil jangan cakap. Dah tak boleh nak fikir dah masa tu. Lepastu aku pandang bakul. Ada bekas air plastik. Dalam hati "Eh, mangkuk ayun mana la ni yang buang sampah dekat bakul motor ni. Sampah betul. Dah la tgh gelabah ni." Aku angkat bekas air tu aku nampak something. Kunci motor aku. Wehhhhhhhhhhhhhhhhhh *jerit dalam hati* Lega gila. Alhamdulillah. Aku yang risau dan gelabah tu dah mula cool down dah. Jalan balik masuk pasar makan laksa.

Aku cakap dengan Boo "Ya Allah manusia mana yang baik hati sgt ni aku nak jumpa weh nak cakap terima kasih. Kalau tak sebab orang yang baik camtu memang terbang dah kot motor tu. Cukup la LC je yang pernah hilang." Boo jawab "Orang kalau yg baik tu baik sangat. Kalau dah jahat, jahat gila." True.

Makan dengan peluh peluh tu sebab buat marathon tengah pasar. Hahaha. Gelabah gila dah rupa apa entah. Moral of the story, jalan tu jangan nak lenggang kangkung sangat. Nasib baik Allah tolong aku dengan pertolongan manusia yang baik tu. Kalau tak mau aku nangis sebulan. Kunci motor kena ingat. Kena pegang. Lepastu masuk dalam kocek.

Kesimpulannya, petang tadi aku serabut nak mati -.-

No comments: