Friday, July 19, 2013

Cerita Minggu Ini.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Ini entri nak ngamuk nak gaduh ke nak apa pon tak tahu lerr. Tapi banyak benda yang aku tak puas hati minggu ni *sigh*

Semalam(Khamis 18 Julai) ada spotcheck besar tak berapa nak besar tapi cukup la nak memucat lesikan muka bebudak ni haa. Termasuk aku. Pehhhh. Minggu ni aku rasa semua benda tak kena. Sucks much. Aku dah la benci hostel bebulan puasa ni. Aku tak suka puasa kat asrama. Tak suka tak suka. Sebab tu selalu tenggelam timbul je kat hostel tu.

Spotcheck kat sekolah agak mengejutkan dan memeranjatkan. Kelas aku sampai 8 orang cikgu masuk. Apa kes? 7 orang cikgu lelaki yang semua stok stok ustaz dan sorang ustazah. Wanted ke apa kelas aku ni. Sumpah ahh kena geledah habis. Beg aku je dua kali kena check. Fail aku pon dibukaknya. Muka inesen kot aku ni. Wkwkwk. Nak kata luck memang luck ahh weh banyak yang terselamat. Pandai main ahh kan. Hidup pandai cover la woi. Kalau dorang geledah kelas tu mau jumpa Xperia, Asha, Nokia, haaa apa lagi. Mp3 jangan cerita lebih empat ke lima entah. Earphone pon banyak. Beberapa yang kantoi tu memang tak dapat nak diselamatkan la. Poor them.

Asrama lagi laaa. Aku bengkek. Arggggghhh *shout* *scream*.

Charger kepit. Perfume. Memory card. Gila tak gila la woi. Tak mengamuk aku. Masuk masuk dorm je bukak locker sepah gila nak mampuih. Dalam hati tu dah menggelegak. Aku kemas locker dulu pastu baru cari kepit. Kepit lesap. Muka aku dah rupa tart nenas basi dah masa tu. Aku bengang. Aku hentak pintu locker tu aku blah. Lepak dorm orang. Fikir puasa je weh. Kalau tak dah mencarut berbakul-bakul.

Masuk dorm Boo semua sembang barang yang dah lesap. Lepastu memekak sikit kat koridor saiko saiko orang. Dah macam apa je bising nya. Aku join je. Bagi kecoh. Wkwkwk. Lepas buka aku dengar orang sembang perfume kena rampas. Masa tu baru aku teringat aku bawak perfume. Dah la first time bawak. Aku pakai 2-3 kali je kat hostel tu. Botol perfume tu belum suku kot aku rasa. Lagi la rasa nak mengamuk. Otak dah macam tak boleh nak fikir apa. Rasa nak marah je. Bengkek. Moody. Buat homework pon muka ketat je. Aku bajet tidur awal  la kan dah fon tak ada bateri tapi 2 setengah pagi jugak baru nak tidur. Sembang macam dah tak ada hari esok je dengan Boo. Kepit aku kena rampas aku macam dah boleh redha tapi part perfume tu macam tak je. Perfume kot. Dah la belum suku. Arggghhh. Geram k geram.

Lepastu, pagi tadi turun dari dorm nak pergi sekolah lambat pulak. Kena tahan dengan warden. Dah la sound aku sorang siap mention nama aku lagi. Pehal la woi? Lepastu nak ungkit pasal aku pindah patah balik tu. What is the point? Aku tak nampak pon apa kena mengenanya. Aku first time la woi datang lambat. Kau pehal. Aku tak pernah kacau warden nak bising bising pulak. Dia duduk bilik dia ada bilik air sendiri. Aku ni kena tunggu turn nak dekat setengah jam baru dapat mandi tau tak. Saja je cari point nak attack aku. Kuangjak k kuangjak. Lepastu bantai dengan hanger. Hanger dah la tebal. Aku muka ketat je pandang dia. Bengkek siot -.- Satu satu hal datang. Apa la nasib minggu ni. Karma ke pe ni? Hahaha.

Duduk asrama baru aku tahu kenapa orang tak suka warden. Certain part aku boleh tolerate dengan cakap warden. The other part, sorry to say ahhh. Tak payah nak kecoh kecoh sangat ahh kan. Watlek dah. Next year aku dok luar la.

Hostel. More than annoying less than bored.
School. Nothing to say.

No comments: