Saturday, September 28, 2013

Cerita Kem.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Salam mornight. (Entri di taip jam 1.55 a.m)

Sedikit coretan sebelum aku tidur. Gian nak buat entri. Dok asrama mana ada nak update belog belog ni. Okay. Alhamdulillah aku baru balik dari kem yang paling terbaik pernah aku pergi. Kem Nadwah Kepemimpinan Islam (SABK) Peringkat Negeri Selangor. Sumpah terbaik dan best. Awesome sangat tahu.

Dekat sini ada dua benda yang aku nak bold kan. Dakwah dan ukhuwah. Mula mula sampai sana sampai last day aku rasa aku insan paling hina kerdil tahu. Semua orang kat sana semua power power. Ilmu dorang lebih dari aku mungkin baik dari rohani atau pon jasmani. Sembang dakwah sumpah masyukk. Terbaik! Kat sana semua sebaya aku form4 tapi bila bercakap macam orang dah besar sangat. Power weh power.

Paling power part sembang dakwah. Bagi kuliah lepas setiap solat dengan gaya paling santai dan sempoi. Bila bercakap tu wajib la keluar satu dalil satu hadis. Tak ke rasa power sangat tu. Aku respect ahh dengan dorang dorang ni. Dekat sana kitorang dilatih untuk menjadi barisan pemimpin yang power dari semua sudut. Lebih lebih lagi part dakwah. Memang ditekan-kan gila. Aku suka kalau peserta lelaki yang bagi kuliah lepas solat tu. Best. Seronok. Automatik rasa hebatnya dia boleh cakap macam ni. Kagum.

Ukhuwah. Majoriti kami kat sana tak kenal satu sama lain. Selama 3 hari 2 malam kitorang boleh jadi satu famili yang boleh gak la dikatakan akrab. Tak pernah aku pergi kem yang bebudak dia semua nak kenal satu sama lain. Pastu tiap kali makan suapan pertama adalah untuk kawan. Ini budaya dekat kem tu. One more, last day kat sana semua pakat pakat mintak number phone. Contact tak contact tu belakang cerita la. Usaha untuk keep in touch tu dah nampak. Bukak buka fesbuk dgn twitter dah ada dua tiga orang bebudak kem tu. Salute.

Dekat sana jugak, masa paling penting. Lagi satu benda aku respect habis pasal bebudak ni on time sangat sangat. Adat kem la sorang buat hal semua kena. Tapi sebab nak jaga semua ni kan tak ada sorang pon yang buat spoil. Lagi sekali, ukhuwah tu makin erat. Semua dekat sana friendly gila. Tak kisah la budak 9A ke 8A ke 7A ke 6A ke semua layan sama rata je. Kau ada harta ke tak siapa kisah. Tak ada orang tahu pon.

Aktiviti kat sana yang paling buat aku ingat bila bila ialah riadah waktu petang. Yang mana kitorang kena berlari anak naik bukit sambil baca mathurat. Tak ke rasa awesome gila. Ini aku tak pernah buat bila aku buat aku rasa aku tengah riadah ni tapi dalam masa yang sama aku beribadah. Pehhh, kan terbaik tu. Titik titik peluh tu ibarat pahala kot.

Lagi satu waktu buat aktiviti lasak. Lari masukkan kaki dalam tayar. Bergayut dekat tali. Panjat tembok. Merangkap bawah jaring. Paling best kena lepas tali yang bawah tu ada lumpur. Most of the girls tak lepas. Semua makan lumpur. Ini best sangat okay. Terbaik! Lepas dah makan lumpur tu kitorang kena baring atas tanah merah yang berumput dan berbatu. Angkat lutut pastu bengkokkan kaki tu sikit. Sambil buat gitu baca Al-fatihah kuat kuat. Baca 3Qul kuat kuat. Ingat lagi jurulatih tu kata "kan seronok kita beribadah macam ni" Lepastu kitorang kena guling 10 kali atas tanah tu. Baju tu dah kotor tahap paling infiniti kot. Tapi semua watlek watpis je ahh kan.

Motif kitorang dibaringkan serupa itu dan dikotorkan sebegitu rupa adalah kerana... Ni paling aku ingat. "Mati nanti kita tak bawak baju kita yang cantik cantik comel ni. Kita pakai kain kapan je dengan bekalan yang kita ada. Saya(jurulatih) nak hapuskan sifat material kamu semua. Pakaian ni semua tak penting." Lebih kurang macam tu la dia cakap. Deep.

Mula mula dapat tahu aku kena pergi kem ni berat nya lahai hati ni tapi bila dah pergi rasa syukur gila. Bersyukur sebab Allah pilih aku untuk pergi kem macam ni. Mungkin Allah nak aku dekat dengan dia. Semua benda yang aku dapat dekat sana semua bermanfaat. Lagi lagi kalau muhasabah diri. Deep. Semua orang baik baik kat sana automatik rasa "Aku pon kena jadi baik. InsyaAllah."

Ada sorang kawan baru aku ni. Satu dorm dengan aku. Dia nasihat "Kalau kita pergi ceramah ke apa ke orang tu cakap apa apa lepastu kita terasa, tu tandanya Allah nak tegur kita bagi kita sedar. Tapi kalau tak ada siapa yang tegur kita bila kita buat salah maknanya Allah jauhkan kita dengan dia. Hati hati la." Again, deep. Power kan bebudak kat kem tu. Aku pon tak pernah terfikir sampai situ.

Aku harap aku terus istiqomah dengan apa yang aku dah start. Moga ukhuwah yang terbina makin erat. Moga dakwah yang nak disebarkan makin luas.

P/s : Hidup ni pilihan. Kita manusia. Kita yang pilih. Sama ada yang baik atau sebaliknya. Wallahua'lam.

No comments: