Sunday, September 22, 2013

Entri mungkin berkajang.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Hey peeps..

Sekarang jarang gila update blog. Masa weh masa. Masa tu jeles dengan aku. Tak kasi aku update blog. Heh. Sadis betei. Trial dah lepas. Azab trial lepas ahh. Azab exam sebenar belum lagi. Kau tahu tak apa perasaan orang dapat  paper trial yang failed. Rasa nak ngamuk hentak meja sepahkan kelas nak bakar asrama sangat la tinggi. Sumpah aku kata. Aku FRUST. Frust tahu frust? Bahasa mudah ahh. Aku kecewa dgn diri sendiri.

Satu kertas dah gagal dah buat hidup aku down. Mental aku jatuh melurut cecah bumi. Badan tak berapa nak stabil dengan graviti. Tapak kaki macam tak berapa nak cecah atas tanah. Satu dua hari gak la jiwa kacau. Sehari selera makan hilang. Rasa jauh sangat dengan Allah. Ini serius. Bila Allah dah uji macam ni baru aku nak menyesal. Baru reti nak menangis lepas solat. Baru reti nak menangis muhasabah diri. Okay, ini ujian. Think positive. Aku cuba untuk redha. Aku tak tahu kenapa la. Nak kata tak study tu tak mungkin ahh. Aku study je. Hafal gak mana yang patut. Masa exam otak blank. Lupa. Okay, ini sangat lah tak bagus. Menyampah I tauuu.

Just need someone yang betul betul faham aku bila aku tengah jatuh. Nak someone yang boleh nangis sama sama dengan aku atas bumbung rumah. Nak someone yang boleh sedapkan hati aku yang tengah down ni atas pokok mangga. Nak someone yang boleh buat aku gelak balik macam mana betul betul aku gelak gila mengilai atas basikal. Nak someone yang sanggup goreng telur untuk aku sebab aku lapar masa tengah hari. Nak someone yang sanggup iron-kan tudung aku masa aku tengah malas. Nak someone yang sanggup mandi dengan aku berkubang dalam kolah rumah atok tu. Weh, aku rindu kau la gila. Sejak sejak kau masuk Uni ni kau dah lain. Serius. Makan hati tu dah sangat sampai habis hati aku ni. Kau dah busy sangat dengan life kau. Aku? Kau dah macam lupa aku. Aku terasa sebenarnya tapi aku diam. Aku cuba nak jadi macam dulu. Tapi bila jumpa kita awkward sikit. Kau tahu tak aku sedih. Aku tahu kau sakit. Kau sakit sekarang mana aku tahu. Kau dah tak cerita pon kan. Entah entah dah enam tujuh lapan kali kau masuk hospital pon kau tak cakap dengan aku. Fine. Lagi sekali aku redha.

Sometimes I miss my old me. Me.
Kadang tu rasa je aku ni dah lain tapi tak tahu nak describe cane. Satu benda yang pasti aku dah tak kuat macam dulu. Dah tak tough. Lembik sangat. Luar dalam dah rapuh. Aku rindu dengan orang yang betul betul rapat dengan aku. Yang mana kalau aku smackdown terajang dia pon dia redha buat muka inesen sambil bagi aku aiskrim cornetto. Tak tahu cane nak tough kan balik diri ni. Life aku dah lain. Life aku dah tak macam dulu. Kadang aku terpikir aku ni terlampau bergantung dekat orang lain. Takut takut orang yang aku bergantung tu hilang tetiba aku tak boleh nak move on. Move on? Satu benda yang payah nak buat. Dulu pernah down sebab hilang kawan rapat. Nak move on balik tu payah. Nak terima yang aku ni kena tinggal dengan member tu perit. Pedih. Lepastu aku kuat macam shrek. Gila kuat. Orang ajak gaduh aku watlek je jegil mata. Sekarang? Member depan aku usha slek sambil buat muka bengis pon aku dah cuak. Penakut dah aku ni. Aku tak tahu mana hilangnya AKU ni. Aku just harap aku akan kuat macam dulu. Boleh move on kalau ada benda yang tak ramal akan jadi. Paling penting boleh survive. Tu je.

Aku kena hidup balik. Senyum macam budak kecik yang baru tumbuh gigi dua. Jalan macam transformers. Selamba tapi power pastu style. Stay strong. Aku okay.

P/s : Ini betul betul luahan hati. Sekali lepas nah  kau agak berkajang.

No comments: