Saturday, October 12, 2013

Entri sukahati.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Open youtube. Pilih lagu. Muhasabah Cinta by Edcoustic. Okay. Lagu pilihan hari ni.

Ehemmm ehemmm. Test jari jap. Lama dah tak menaip ni. Asyik menulis je sampai pen pon habis dakwat. Phewww. Lumrah ahh kan budak yang tengah final exam. Aku masih ada dua paper lagi untuk dijawab. Sejarah kertas 1 dan kertas 2. Sejarah please be nice. I'm always love you from the bottom of my heart *flying kisss*

Trial SMA haritu teruk. Dah kena basuh pon dengan mama abah. Nampak cam kecewa dorang tu tapi cakap masih gelak gelak lagi. Aku nya ni diam je la. Sebersalah pulak. Ada sebulan lagi nak usaha. Ni betul betul kena pulun. InsyaAllah. Kalau usaha lebih sikit mungkin ahh dapat apa yang aku nak tu. Kan? Harap rajin je la lepas ni.

Lately ni rasa macam suka sangat cakap pasal ukhuwah. Tak tahu la kenapa. Aku rasa ukhuwah tu best. Lagi lagi dengan kawan yang memang kamceng gila. Yang memang masuk gila. Yang memang aku tak buat apa apa, dia tak buat apa apa tapi gelak dia nah kauuu buat sakit usus. Ni kawan. Malam tadi tetiba ada kawan text "Jangan lupa aku sayang kau." Oh mannn, i'm touching already. Panas dah mata tu. Weh, awat sweet sangat.

Sejak sejak masuk hostel ni rasa jugak la aku dah jauh dengan member yang betul betul aku rapat. Gila tak rasa. Aku rindu. Sangat.

*tersepak bantal favourite sampai jatuh katil*

Serius balik.

Dulu, bila susah aku cari dia. Cerita luar dalam dekat dia. Dia dengar. Dia angguk je. Even tak cakap apa apa tapi bila orang dengar cerita kita tu rasa dia phewwww lega baq hang. Bila bosan bosan dia selalu text aku. Tu dulu. Sekarang bercerita jugak tapi dah jarang. Text pon dah jarang. Aku sibuk dengan orang lain. Sorry weh :'( Aku macam lupa kat kau tapi sumpah nama kau ada je selalu dalam hati aku.

Teringat. Dulu tu kalau bercerita sehari tak gelak memang tak sah. Sampai harini aku rasa kita tak pernah tak bertegur sapa walau sekali. Tak pernah gaduh kot. Tapi sepak terajang kau tu aku dah selalu. Hehehe.


Tolong ingat. Kita kawan sampai bila bila.




Lagi sweet bila kawan kita doakan kita setiap kali dia solat. Ini sumpah buat aku nanes tergolek.



No comments: