Sunday, October 20, 2013

Pendapat.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Taip tanpa hala tuju. Macam biasa aku redah je bila turn on untuk menaip. Perangai memang gini. Tak boleh ubah.

Jap jap. Ambik mood.

Setelah 3 minit tetap tak ada idea. Apa slow otak ni. Sekarang nak bagi perenggan berkajang pon dah tak mampu rasanya. Pilu betei.

Takpe ah. Kita random aaaaaa ye. Jangan banyak bunyi lagi.

Kadang bila bercakap dengan member member pasal something. More kepada discussion la kiranya. Aku ni kategori keras kepala jugak. Nak ikut kepala aku je kalau boleh. Dan aku ni, aku ni, aku ni haaa susah sangat nak dengar cakap orang lain. Sungguh perangai tak menjadikan identiti yang berintegriti langsung. Puii sekali.

Tapi bila aku dah besar sikit. Pandai sikit nak berfikir luar kotak. Jauh sikit dari simpang 3 rumah aku. Tinggi sikit dari adik aku yang Arep. Nak tak nak aku kena belajar hormat pendapat orang lain. Tak nafikan ahhh, aku ni kalau dengar pendapat orang mata dah juling telinga buat pekak badak last nya muka toya tahap infiniti. Bangang punya perangai aku ni. Wakakakaka.

Aku try dengar apa yang orang lain cakap. Dengar je dulu. Nak ikut dia punya otak tu hal nombor dua. Bagi aku la. Yang penting aku dengar jet jet hormat. Tapi serius kita ni hidup kena hormat dengan pendapat orang lain. Macam orang islam ni yang ada mazhab berbeza beza. Memasing kena hormat la. Jangan 'ayam-ayam' kan pulak. Dok molek gitu.

Kenapa kena dengar pendapat orang lain?

Bagi aku senang. Mudah. Hidup tolong jangan merumitkan. Kalau boleh semudah yang boleh. Yang paling simple. Aku suka benda benda yang simple tapi tak cliche. Perghhh nampak demand sikit eh. Lantah sana ahhh. Entah la. Abah aku ajar aku hidup cuba jangan menyusahkan orang lain tapi aku ni jet jet manja konon nya. Kat hostel suke benorr susahkan member member. Lagi lagi boo. Poor her. Weh boo, gua memang suka menyusah kan lu kan. Harap lu makin sayang gua sedalam-dalam nya. Wkwkwk. Ada duit lebih gua nak beli kan lu telekung colur turqoiuse. Wkwkwk. Lu suka ke idak lu kena suka. Kalau gua beli la. Kalau tak ni semua angan angan mak andir. Kbyee.

Satu benda aku pantang. Cukup aku pantang. Contoh budak sunat yang langgar pantang kang bentan. Susah hidup engko. Merana dowh.

Aku tak suka dan cukup pantang dengan orang yang tak suka dengar pendapat orang lain. Dia bangkang gila kaw kaw punya orang lain punya idea. Pastu dia nak orang dengar cakap dia. Kepala hot** dia ahh. Ingat apa. Otak dia tu boleh pakai sangat ahh. Kalau betul boleh pakai keep calm and stay for the discussion. Jangan banyak songeh. Jangan bajet kau tu Sultan orang kena akur dengan cakap kau. Hokaaaayyy? Part ni memang aku tak tuju kat sesape. Random tahu random. Kang ada gak yang terasa lantak engko la. Sikit pon aku tak hairan.

So, konklusinya... Dengar cakap orang. Tolak ansur. Sekian.


No comments: