Tuesday, November 5, 2013

Hijrah.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Alhamdulillah. Masih hidup di tahun baru ini. Bersyukur.
Salam Maal Hijrah.

Hijrah?

Bila orang cakap hijrah ni nampak macam best je. Indah baq hang kata kooo. Bukan nak cakap pasal hijrah berpindah dari satu benua ke satu benua. Tak tak. Penghijrahan diri sendiri la. Perangai ke attitude ke akhlak ke. Ehh Anis, tak ke semua tu sama? A'a kan. Ahh lantak. Aku nak buat ayat jd panjang je. Wkwkwk.

Ada rasa nak jadi baik? Bagus la. Sumpah awesome. Salute sikit. Tapi ada satu cabaran paling tak tahan aku rasa. Mulut orang. Kan? Memang la ada yang kata jangan pernah peduli dgn apa yg orang lain cakap. Tapi kalau aku la. Aku. Aku bg contoh aku. Aku tak kuat. Sumpah. Aku tak boleh untuk tak peduli apa yg orang lain cakap. Memang ahh nampak macam buat derkk je bila orang kata memacam. Tapi bila tengah sensorang duduk dalam bilik ingat apa orang kata nangis woii. Hahaha. Orang ngutuk belakang pon aku terasa apa siot salah aku ke diorang. Fight ahh jom *sinsing lengan*

Lagi satu nak cerita. Istiqomah. Benda paling susah aku nak buat. Aku la. Entri kali ini contoh kat aku je la. Malas nak petik nama Bidin ke Talib ke Peah ke Jemah ke kang ada yang terasa. Nyampah I tau uoaalllls. Memang la akan ada satu masa tu kita rasa nak jadi baik. Dah start dah. Bagus. Lepastu nampak sekeliling macam tak support. Pastu iman tak berapa nak kuat. Kena trick sikit dah kena tricky memang tak istiqomah la cerita dia. Sumpah. Aku dah cuba. Contoh paling simple la aku bagi. Stokin. Keluar rumah tak pakai lagi. Masuk kereta baru pakai. Lepastu jenjalan. Lepastu macam panas. Lepastu pergi bukak stokin tu. See? Nampak tak istiqomah nya tu. Bangang jugak aku ni. Pastu kalau ada orang tanya "pehal pakai stokin doh? Sejak bila? *gelak nganjing*" Aku diam.

Kadang tu aku terfikir. Aku ni hidup nak redha siapa? Redha Allah ke redha manusia. Pastu apahal aku peduli dgn apa yg orang lain kata. Bagi aku, nak buat something tu senang tapi nak istiqomah tu susah baq hang. Tak kena gaya boleh jadi tinggal kan terus apa yang kita dah start buat tu.

Aku nak exam next week tapi aku malas. Mohon ada yg nak rotan aku sebab aku malas.
*muka troll sambil minum horlick ais*

Pinjam dari google.

No comments: