Thursday, November 21, 2013

Sayang.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Layan Encik Mimpi. Not bad la suara dia. Okay, boleh melting nampulohlapansaat.

Ehem ehem.

Sayang?

Ada apa dengan sayang.

Dalam hati aku. Family first. Orang orang yang duduk top 10 dalam carta hati aku adalah family aku. Pasal family aku tak nak cakap banyak. Sayang. Can't describe with words. Pardon me. Dorang ni precious sangat dalam life aku. Cuti sekolah adik adik takde. Kakak dah habis cuti sem. Kosong. Cuti paling tak best. Deep inside aku sedih. Seriously.

Kawan kawan.

Hidup dah enam belas tahun. Bukan nak kata dah lama. Tak. Setahun jagung duduk asrama. Banyak masa dengan kawan kawan. First aku nak cakap, aku sayang semua kawan aku even kenal tiga puluh tiga saat sebab kawan ni anugerah. Anugerah yang Allah bagi untuk kita berkawan supaya tak sorang sorang.

Aku nak cerita pasal aku je. Makin hari makin sayang dekat kawan tapi makin hari jugak aku makin nak kurangkan rasa sayang tu. Bukan nak buang kawan. Tak. Tengah belajar nak hidup sendiri. Tanpa kawan kawan. Takut satu hari nanti ada yang pergi tak kembali aku tak boleh terima. Takut nanti aku tak redha. Takut nanti aku tak move on. Takut nanti aku tak boleh nak survive.

Bukan apa. Bukan nak sombong dengan hidup sendiri. Sama sekali tak. Aku admit aku tak boleh kalau sensorang tapi aku kena try jugak. Nak tahu tak sebab apa? Bagi aku. Ajal maut kita tak tahu. Anytime anywhere anyhow Allah boleh ambik kawan kawan aku. Allah boleh tarik orang yang aku sayang. Entah entah Allah tarik aku dulu sebelum dorang. Tu semua rahsia Allah.

Ahmad Ammar. Satu nama yang menjadi sebutan dunia. Kembali kepada-Nya di usia remaja yang sangat muda. Tapi dia As-Syahid. Mulianya dia di kalangan penduduk bumi. Mungkin lebih mulia di sisi-Nya. Point kat sini. Mati tak kira usia. Tu je.

Abang aku cakap "Kau ni Nis, baik sangat dengan kawan. Kau ingat kawan kau baik sangat apa ke. Kau ingat kau susah dorang nak tolong. Kau ingat bila kau mati dorang nak urus mayat kau. Tak payah la nak baik sangat dengan kawan. Pada pada la."

Hmm. Deep.

Aku tunduk bawah. Diam.

Semua tu betul. Aku buat baik dengan orang dengan harapan orang buat baik jugak dengan aku. Tak buat aku macam tunggul kayu. Tak buat aku macam bila dorang perlu something baru penting wujudnya aku. Aku bukan nak cakap kawan kawan aku tak guna tak bagus tak betul. Tak. Bukan macam tu. Tapi kadang kadang ada benda yang aku terasa tapi aku diam. Malas nak buat gaduh aku diam. Buat apa gaduh dengan orang yang kita sayang. Sakit rasanya.

Kadang tu rasa aku sibuk jaga hati orang. Ada ke orang nak jaga hati aku. Bercakap guna filter. Okay fine. Orang kalau bercakap main shoot je. Kalau aku tak dengar takpe. Aku akan okay dan terus okay. Tapi bila aku yang dengar. Sakit. Pedih. Perit. Takpe. Aku senyum. Aku cakap "aku kan kuat".

Dari dulu sampai sekarang dan selama lamanya. Aku tanam satu perkataan dalam diri aku. Tough. Tu je. Cuba untuk jadi tough. Nak lemah tu boleh. Nak lembik tu boleh tapi bila aku sensorang. Bila takde orang dengan aku. Cukup cukup la jadi cengeng. Hahaha. Tak payah nangis dah kalau perlu. Senyum je.

Senyum satu senjata untuk buat musuh kita jadi resah gelisah.

Kawan kawan. Jangan ingat aku tak sayang korang. Jangan ingat aku benci korang. Tak. Aku sayang semua kawan kawan aku. Bagi aku, semua kawan kawan aku insyaAllah kawan dunia akhirat. InsyaAllah. Jaga ukhuwah. Nak lagi cantik. Sayang kawan kerana-Nya. InsyaAllah semua smooth.


Last, salam sayang dari aku AnisMs.


No comments: