Wednesday, December 18, 2013

Cita-citaKu

Assalamualaikum w.b.t.

Dulu aku pernah janji start je cuti sekolah hari hari aku nak buat entri baru tapi ini semua hanya lah seperti menanam tebu di tepi bibir. Aku sembanggggg! Hahaha. Laptop aku rosak mohon di-arwah-kan. Hanya mampu menumpang kasih laptop abang abang sado(puji abang abang sendiri). Tu la aku rancang je tapi Allah yang tentukan. Wallahualam.

Okay. Tajuk harini dan abad ini untuk entri ini adalah cita citaku.
Hehehe. Macam karangan darjah tiga dulu dulu. Jangan aaa gelak. Aku serius ni weh.

Dulu kecik kecik masa aku darjah aku pasang cita cita nak jadi polis. POLIS. Okay. Take note please. POLIS. Kau pehal ni niss? Tebiat mengada. Biarkan. Ada satu hari tu aku cakap dekat mama aku nak jadi polis. Dia bankang weh. Macam pembangkang gaduh dengan kerajaan. Cenggitu la cenggitu. Dia kata kalau jadi polis bahaya. Nanti anak laki kau sape nak jaga. Masa kerja tah cane. Like seriously... Aku baru darjah masa tu.

Hmmm hmmm hmm. KECEWA.

Cita cita ku di-perkutak-katik-kan oleh ibu sendiri. Phewww *nangis bawah keyboard* Sedih gakk aaa masa tu. Lepastu tu tukar aaa cita cita. Pramugari. Okay tak? Hahaha. Ni joke liang lahad. Teacher aku pernah cakap "yang mana nak jd pramugari tu batalkan je. Takkkan korang nak korban tudung korang." Baru nak rasa pramugari pertama pakai tudung di Mas Airlines. Takpon Air Asia. Tak pon Fireflyz. Kahkahkah.

Lastnya. Tanam cita cita nak jadi CIKGU. Tak pon PENSYARAH. Noktah.

Akan datang kalau aku tukar aku cerita.

Sebab mama tak kasi aku jadi polis. Masuk sekolah menengah aku masuk kadet polis. Dah 4 tahun. Tiap tiap tahun ajk tingkatan tapi sampai hari ni AKU FAIL KAWAD. Sekian terima kasih.

Aku suka tengok CSI. NCIS. The Blacklist. Apa lagi eh? Yang penting polis polis ahh. Gitu. Paling suka part forensik dengan dorang lawan penjahat. Nanti senjata power power keluar. Macam gi Vietnam haritu aku gi muzium tengok senjata dengan bom je. Yang lain harooomm aku nak nyinggah nengok.

Konklusi yang aku nak buat. Minggu depan balik asrama. K takde kena mengena. Okbaii.

Rindu ELIN aku. *nyanyi lagu rindu serindu rindunya - spoon* Eh aku ni. Suka tetiba.

No comments: