Friday, December 13, 2013

Jenjalan ke Vietnam

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Heyyyyooo. Lamanya tak update belog. I busy tau. Hikhikhik. (Senanye pemalas tahap nokhorom)

Beberapa hari yang lalu dan mungkin dah basi aku pergi Vietnam 4 hari 3 malam. Pergi dengan makcik makcik dan abang sepupu yang baru kahwin. Aku je underage. Pehhh. Ingat rasa nanti forever alone tapi tak. Makcik makcik semua stok stok anak dara je. Hahaha.

Flight hari Sabtu. Masuk dalam kapal torobang pukul 12. Terbag pukul 2. Pehhh. Tak ke rasa gila. Sadiss weh delay duduk dalam flight. Traffic jam. Serius. Kapal terbang beratur nak terbang. Berderet deret. Kelakaoooo betei. Terbang dalam 1 jam setengah jam je. Tak best ahh tidur. Kerusi Vietnam Airlines keras baq hang. Cilaka sikit. Hehehe.

Sampai airport Ho Chi Minh terus check in hotel. Solat solat apa semua terus serang pasar Ben Than. Shoppinggggggg! *jejerit* Serius weh masuk terus jadi rambang mata. Kain ela sangat sangat murah engko tau tak. Nyesal tak beli banyak banyak. Nyesal. Kat Mesia ni belum tentu dapat harga camtu tau.

Lepas makan malam shopping lagi. Dekat pasar malam. Pasar malam stok uptown downtown je. Tawar menawar sampai half price. Syokk mehh. Tapi yang mana nafsu nafsu semata tu aku tak beli. Jeling je. *nangis sebab nyesal tak beli* Aku tawar necklace dgn bracelet dapat lima belas hengget je. Tapi tak beli. Pehh, nyesal weh. Dekat pasar mlm bnyk cenderahati dgn baju kurung siap kain cotton labuci meriah baq hang. Sepasang 50 hengget. Pandai tawar dapat la 45. Ada yg 3 pasang seratus tp cantik tau.

Esoknya. Hari kedua pergi tempat peperangan orang Vietnam dulu dulu. Yang ada terowong bawah tanah tu. Seronok gak ahhh. Masuk terowong kena bongkok. Sakit pinggang I tauuuuu.


Esoknya lagi jenjalan naik kapal ke bot ke feri ke hape tah. Pergi Sg. Mekong. Sg. Mekong shopping murah murah jugak. Baju boleh dapat sehelai 6 hengget tau. Heaven engko tahu. Pastu naik sampan selama 15 minit. Rasa la mcm orang dulu dulu. 


Hari keempat lepas subuh aku sambung tidur. Qadha' tidur puas puas. Lepastu bangun mandi pergi pasar Ben Than lagi sapu sepasang kain jubah. Saje nak buat ole ole bagi jiran tetangga. (padahal untuk diri sendiri. Phewww) Check out tengah hari dan terus ke airport. Sampai KLIA kul 6 stgh. Balik kg dalam beberapa minit. Pukul 7 singgah rumah maklong. Abang aku amek pastu. Singgah sana sini sampai rumah pukul 1. Pehhh, nantok nye titew (tulis sambil mintak kaki)

Kesimpulan yang aku nak buat. Kalau engko perempuan sangat la seronok dan beronok ronok untuk shopping. Tapi kalau engko lelaki kau banyak duit pon kau menyampah nak pergi. Hahaha. Abang sepupu aku sanggup tidur je tau dari teman bini dia. Aku la geng dengan bini dia. Kat Vietnam shopping sangat murah dan murah. Tak dapat harga camtu kat malaysia. Bayangkan peplum 40 hengget je engko tau. Cantik gila. Manik kelas sangat tau. 

Aku pergi sana bawak satu beg je. Satu je hokay. Sekali balik sabak terberanak beg beg aku. Satu backpack. Satu bagasi. Hikhikhik. Nangis tau bawak naik flight berat berat. Dah aku sapu sampai 15 pasang baju kurung, kain ela dan seangkatan dengannya. Pastu 12 pasang shirt untuk adik adik abah dan diri sendiri. Abang abang lantak engko la dah besar kan. Ni baru sikit. Makcik makcik aku beg beranak sampai 3 bagasi lagi la. Takut gak nengok orang banyak duit ni shopping. Seramm mehhh!



Konklusi, bawak duit banyak banyak pastu bagasi kosong dari Mesia. Kbaiii.

No comments: