Friday, January 17, 2014

Huh...

Assalamualaikum w.b.t ('',)



Dah lebih kurang 2 minggu dah sekolah. Baru bulan Januari. Belum habis pon bulan satu ni tapi penat dia macam pi bendang 8 bulan katakoooo. Tahun baru dah. 2014. Pembuka tirai 2014. Bagi aku satu pengalaman baru la. Takpe. Redha. Ikhlaskan hati. Senyum. Huh. Kadang tu macam tak leh nak senyum. Rasa nak ngeluh jugak. *sigh*

Minggu pertama like nothing happen. Tapi macam homesick gak aaa duduk hostel. Dah jauh dgn Nopie. Okay sedih. Dah tak selalu tidur dengan Boo. Sekarang tidur sendiri. Sensorang. Okay, lagi sekali sedih. Budak dorm macam tak best. Macam la macam. Huhhhhh. Again. Ngeluh lagi. *sigh*

Minggu kedua. Kem tautan kasih untuk budak form1. Seronok memang seronok. Penat dia pehhhhh. Tak dapat den nak ungkap dgn kata kata. Badan ni macam dah lali je tak jumpa katil satu hari. Malam nak dekat pukul 2 baru jumpa pastu bangun pukul 5 pagi.

Aku orientasi budak tapi macam dera budak. Lantak engkorang la nak kata apa. Malas aku nak layan bebudak form1 ni. Perangai lenjeh betul. Mentel. Hahaha. Senanya aku nak ngeluh bukan nak gelak. *sigh* Hahaha. Ni betul aku gelak.

Tah rupa apa entah ni.

Boo and Fida. Aku moody habis masa ni. Kasut je nampak.

Fida. Boo, Entah kenapa. Dorang macam something dengan aku. Apa apa pon aku kena connect dengan dorang. Orang lain tak faham aku. Tak rasa apa yang aku rasa. Dorang ada untuk faham apa yang aku tengah rasa. Macam mana dorang 'lepas' malam tu pasal aku. Sumpah aku sebak. Gila. Touched. Kadang kadang rasa macam 'kenapa korang nak aku?' Padahal aku tak pernah buat pape pon. Rasa macam aku nothing gila tapi korang nak gak aku. Kenapa weh? Takpe. Apa yang aku buat sekarang sebab korang. Korang je. Sebab korang je yg support jatuh bangun aku. Korang je yang tau bila masa aku makan bila masa aku lapar. Korang je yang tahu bila masa aku mandi bila masa aku rasa nak tidur. Papehal pon korang la. Thanks gila. Tetiba rasa nak gelak.

Aku ''Weh boo, kau pehal jgn main main eh dengan aku. Aku kasyaf tau"
Boo "Yekk kau, okay okay sekarang apa yg ada dalam hati aku"
Aku "Malas aku. Kau dah tukar apa yg ada dlm hati kau tu"
Boo "Kau serius ni? Cepat la cakap" *buat muka paling terkejut beruk*
Fida "Bukan ke orang yg kasyaf ni orang yang beriman je?"

Bongok betei dua orang ni. Ngekek je aku kalau ingat ni. Memperkutakkatikkan aku sangat. Kalau korang rasa aku masih kuat untuk semua benda ingat aaa aku buat sebab korang je. Korang je pon yang angkat aku kalau aku jatuh kat dlm longkang.

Penyeri untuk satu hari. Terima kasih untuk lumpur. Kita RARE.

Kita boleh jadi awesome kalau perangai kita awesome. hahaha. 

Banyak benda yang kena telan. Banyak benda yang kena khadam. Banyak benda yang kena cerna. Banyak benda yang kena kau tengok pastu kau diam je la. Okay.. aku berada di situasi di mana aku rasa orang tak boleh nak masuk dengan aku. Hahaha. Yang mana masuk dengan aku korang best la. Nah lolipop. Aku belanja. *agih agih lilipop*

Awal awal je rasa macam tak boleh sangat nak adapt dengan semua ni. Rasa macam nak lari. Lari laju laju jauh jauh tinggal kan semua benda yang semak dalam kepala hotak aku ni. Bila rasa down first mesti aku nangis terus. Sebab kadang tu aku sendiri tak mampu nak luah kat kawan kawan. Takpe, biar aku nangis. Lepas dengan cara gitu. Nangis sebelum tidur. Bukan orang nampak pon aku dalam selimut. Nangis depan boo pon selalu gak. Pehh, sungguh la rasa tak tough.

Yang mana support aku tu terima kasih. Ada gak junior yg dtg lepas solat salam pastu peluk pastu cakap "akak kuat. akak boleh. akak jgn lari." Again. Im cried. Adik sorang ni sweet jugak eh. Penguat. Ada gak ex-classmates dtg dekat bisik "Terima kasih Anis... Pastu blablabla..." Biar la. Hahaha.

Parents aku. Tiap kali lawat aku kat hostel walaupon baru 2 minggu tapi dah banyak kali gak dorang datang. Part paling aku akan rasa leleh bila aku nampak abah. Hmmm. My hero. Aku rasa macam pehal la emo sangat. Padahal rumah sekangkang kera je.

Awak.. Ni lagi sorang. Tiap malam berminit minit gak aaa aku gayut kat italk. Habis kena gigit nyamuk. Tapi dah tengah malam dia je la yang aku nak call. Nak call sape lagi. Dia ni je pon yg suka bebel entah apa apa dekat aku. Dia ni je pon yang aku rasa aku nak bising bising soksek itu ini. Agak nya lepas ni aku nak suruh dia support kad italk aaa. Sebulan 30 hengget pon cun okay. Mohon dipertimbangkan ya. Nak call abang aku memang kena maki aje la. Call kakak aku kena betul betul aku rasa ada batu bata atas kepala aku baru aku rasa nak cari dia. 



Benda paling aku nak bold sangat sangat. Aku penat. *sigh*




No comments: