Friday, February 28, 2014

Sembang olahraga.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Seminggu. Cukup 5 hari, Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat aku tak masuk kelas dan tak belajar. Huh. Rasa macam pehal la aku suka membusykan diri ni. Buang masa betei. Tapi bak kata cikgu Hairi "keluar sekolah ni buat relaks relaks. Release tension" Cikgu ni aje la yg aku rasa tak kisah sangat. Hewhewhew.
Harini jumaat satu hari aku tak masuk kelas. Sibuk dengan kertas kerja nak pi rombongan. Gigih betei kengkawan aku nak buat rombongan ni. Kertas kerja sendiri. Cari tempat sponsor semua sendiri. Aku harap jadi je weh. Pastu kita boleh chill kat sana depan unggun api. Wakakakaakaka.

Tahun ni tahun last olahraga wakil sekolah. Tahun last. Aku rasa tahun ni paling best. Dan aku bakal rindu olahraga. Zaman f3 f4 aku pon aku rindu sangat. Tapi zaman f5 aku jd yang paling best aku rasa. Pengurus pasukan aku Hafiz Katak kot. Walaupun dia pemalas nak mampuihh tapi bila aku suruh kira spike mau bergaduh kitorang dua orang ni. Hahaha. Spike kurang satu jenuh la aku marah katak, katak marah aku. Rupa nya ada budak tengah pakai. Cissss. Takpe weh, ni namanya kenangan ni.

Acara aku isnin selasa je. Aku ni memang stok jadi lauk agaknya kalau kat stadium tu. Acara speed memang aku tak boleh nak beat sape la. Alaaaa takpe, yg penting aku tak last dan tak jatuh pengsan dan tak masuk khemah kecemasan. Wkwkwk. Aku kecewa habis gak aaa relay 4x100 aku tak masuk final. F3 dgn f4 final kot. F5 tak. Nak nangis tau. Tskkk tskkk. So sad dgn diri sendiri sbb aku yg spoil :'( Hari first tu, aku tak semangat. Badan aku tak sedap. Aku baru habis demam. Kalau tak demam pon bukan menang pon. Jet jet je aku ni. Hahaha.
Hari selasa acara lari pagar. Aku acah acah je bubuh nama untuk acara ni. Haritu jugak aku cakap dengan cikgu nak tarik diri aaaa. Goyang kot. Aku mana training doh. Tahun ni paling malas nak training olahraga. PALING MALAS SANGAT. Tapi cikgu aku kata takpe main je. Jangan mengalah sebelum berjuang. Ecececey. Masa saringan memang aku nebes habis aaa. Aku last lompat pagar tahun 6 weh. Lima tahun yang lalu. Waktu pagar paras lutut ke hape. Sekarang ni dah tujuh belas tahun. Pagar paras peha weh. Kat starting block jantung aku dah berlari dulu dah. Gila cuak. Hahaha. Bila habis saringan rasa cam konfiden gak aaaa dgn diri sendiri. Pehhh. Terlompat jugak akhirnya. Tak terlungkup.

Petang tu aku dapat final. Alhamdulillah. Aku memang tak target apa. Tapi sape aje yg tak nak medal weh. Tahun last weh. Waktu trying sebelum lompat betul betul tu cubaan aku semua fail. Empat kali aku try lompat sangkut weh. Masa tu konfiden dah hilang. Boo lorong sebelah aku "weh boo, tak terlompat doh" Serius cakap masa ni dah goyang cuak habis. Tak terlompat mampus aku. Tapi member member ramai masa tu. Ada fakar ada nazrul ada kawan kawan yang jadi pembantu pegawai tu cakap "yakin je nis, lompat." Kali kelima weh baru lepas nak lompat. Hahaha. Dah dapat tu aku duduk cam biasa.

Dah la untuk final tu nama aku takde. Sadis betei. Tak nyebutnya nama aku. Cisss. Hahaha. Niat dalam hati sebelum nak lari pagar tu. Aku tak nak last. Aku tak nak malu. Tu je. Hahaha. Lari step weh. Nasib tak cium balapan. Tapi alhamdulillah dapat pingat perak. Yang emas budak chinese. Yang perak aku budak melayu. Yang gangsa budak indian. Pehhh, satu malaysia sangat. Ahahahahaha.

Cikgu hairi kata "tiap tiap tahun datang olahraga baru tahun ni kau dapat pingat eh" hahaha. Aku gelak je la. Ustaz Ghazali kata pulak "satu satu nya pelajar perempuan yang dapat medal" Weh, first time kot budak perempuan sumbang pingat. Tiap tahun aku kena ayam je. Tahun ni kurang sikit aaaa. Hahaha.

Tahun ni ramai sangat budak bawah yg dapat kan pingat. Serius dorang ni terbaikkk. Yang tak pernah pernah sembang dengan aku semua sembang kamceng macam dah tujuh tahun kenal. Hahaha. Takpe takpe. Sebab lu orang masuk air aku pon on je.

Dah dah la weh. Lepasni netball pulak. Pastu aku nak rehat.....


Kasut sport paling aku sayang. Boyfriend ni.


Kawan kawan.

No comments: