Tuesday, February 4, 2014

Midnight Entry.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

12.42 a.m. Masih terjaga dan belum tidur.

Padahal esok pagi pagi ada pembentangan bab 2 sejarah. Fuh. Dengan berani nya cakap dengan cikgu aku nak buat esok. Cikgu baru bagi tadi benda ni. Cikgu offer minggu depan nak jugak aku buat esok. Takpe la dah siap pon bahan nya. Tinggal bentang je aaa. Kecoh aku ni.

Tenung siling. Menung. Aku ni bila nak tidur ya?

Kejap. Jiwa kacau. Nak cerita dekat orang aku malas sebab aku tahu orang tak akan faham aku. Sebab kadang kadang tu aku sendiri tak faham dengan life story aku. Tapi serius la aku berada di zon 'kering' di mana aku sangat 'feelingless' dan tak ada hati untuk apa jua keadaan sekalipun. Andai kata member aku campak bekas pensel aku dari atas ke bawah pon aku akan pandang muka member tu pastu aku turun kutip bekas pensel tu. Aku rasa aku tak akan bersuara kot nak cari gaduh balik. Haihhhh.

Kadang aku rasa macam ada benda yang unfair jadi kat aku. Tapi entah la. Mana boleh nak cakap unfair sebab semua benda yang jadi bersebab. Allah dah tentukan dan Allah tu Maha Adil. Aku rasa sangat tak puas hati dengan orang orang sekeliling. Yang dekat. Yang sangat dekat. Yang terdekat lagi aku panas hati. Yang jauh. Yang sangat jauh. Yang terjauh peratus untuk tak puas hati pon ada jugak.

Penat gak nak tatang hati dan perasaan orang lain bagai menatang minyak yang penuh. Sumpah letih. Aku yang separa semput ni tak ada pon orang nak tolong bagi ubat athma ke pe. Orang nak buat apa dekat aku lantak la. Malas dah nak kisah. Cakap memacam. Cakap la. Torture perasaan aku. Torture la. Nanti kau penat kau berhenti kan? Sebab tu aku kering. Aku dah malas nak sensitif dengan keadaan sekeliling. Penat la derr.

Sekarang nak makan banyak banyak. Nak beli aiskrim banyak banyak. Pastu nak beli lolipop.

Dah la. Nak paksa tidur. *peluk bantal busuk*

No comments: