Friday, February 14, 2014

Rindu.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

14 februari 2014. Dah dua minggu bulan februari ni. Dan sebenarnya aku tak suka bulan februari. Aku benci.

Teringat arwah. Hmmmmm.

Tahun pertama tanpa arwah. Bulan februari bulan berkabung aku. Sama dengan tahun kedua. Naik tahun ketiga. Aku tak nak ingat tarikh yg satu tu. Aku buat buat lupa. Sebab bila ingat aku punya sedih kang macam apa je.

Ni yang nak throwback ni. Aku paling tak boleh tahan air mata cerita pasal arwah. Aku pernah share pasal arwah masa kat hostel dulu. Aku menangis depan bebudak tu. Pehhh, malu gak bila ingat balik. Hohohoho.

Arwah nenek. Meninggal sebab insiden. Hanya nenek angkat. Takde pertalian darah. Langsung. Tapi aku punya rapat tak tau nak describe cemana. Hilangnya dia dekat muka bumi ni sama hilangnya dengan jiwa jiwa yg tak sepatutnya. Bila nenek meninggal lama aku menangis. Mata sembap. Bengkak bengkak. Hampir setiap malam aku tidur lambat. Teringat dan menangis. I miss her so much. Too much.

Lepas dia meninggal. Aku macam tak boleh nak terima takdir dia dah tak ada. Serius aku cakap. Aku tak reda langsung. Aku tak lepaskan. Tiap malam mimpi arwah. Atok dengan pakcik aku semua cakap 'kau tak reda ni nis. Sampai bila. Dah dah. Lepaskan la.' Hmmmm. Lama lama aku terima jugak tapi lama. Dalam dua tiga minggu lepas arwah meninggal.

Serius cakap. Aku lambat nak move on. Bukan mudah untuk aku nak move on. Lama untuk aku terima semua ni. Nak hadam balik apa yang dah jadi. Lama sangat. Sebulan hidup macam zombie. Tiap malam nangis. Teringat ingat. Memang tak move on langsung la. Kalau aku tengah sensorang lagi la aku ingat.

Aku benci bulan dua sangat sangat sebab nanti aku teringat. Tapi, aku dah besar. Kena reda dan move on. Sebab aku ni hidup lagi. Satu yang aku minta kat Allah tempatkanlah nenek aku dalam kalangan orang orang yg beriman. Sebab arwah nenek aku baik sangat. Dia ajar aku ngaji. Aku paling ingat bila dia marah aku kalau aku ngaji laju laju sebab sibuk kejar masa nak gi main kat taman pas ngaji. How I miss her so much.

Dan sejak nenek aku pergi, aku dah tak nak sayang orang terdekat aku sangat sangat. Aku takut bila dorang dah takde aku tak reti nak move on. Sebab tu aku HEARTLESS. Dah. Jangan tanya kenapa.

Nenek, rest in peace. I miss you. Too miss you. Al fatihah.

No comments: