Wednesday, March 26, 2014

#Holiday- Sabah.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Hye uoallllssss. Rindu I tak? I busy cecuti ni. Homeworks berlambaksss sangatsss. Huh. Banyak s. Mean banyak sangat okay. Addmath paling banyak. Mohon siap dengan kadar segera.

Jumaat lepas orang sekolah aku dah ponteng pi holiday. Maaf. Rasa tak berdisiplin sangat. *ketuk diri sendiri?* Tak pergi sekolah pon nak bertolak ke airport lambat. Bayangkan kalau sekolah mesti lagi lambat dan terlepas flight. Maka mendayung la kami sekeluarga.

Trip sabah. 4 hari 3 malam. Flight petang. Petang sangat. Macam delay aku rasa sebab flight pukul 5.10 aku masuk nak dekat 6 setengah. Ouh manggai aaa stress dia. Aku dah la kebosanan dan ke-banana-an. Boring tahu.

Motif utama ke KK adalah untuk kenduri kahwin. Maka ini lah pengantinnya. Cousin ni. Kak Asid in the house yaww. Cousin aku yg perempuan kalau dah kahwin aku tak tau nak panggil laki dorang abang. Nak panggil abang macam seriau je bunyinya.

Pengantin.

Terapi ikan.

Best gila main dengan ikan. Ikan gigit kaki. Geli geli. Hahaha. Bagi makan ikan dengan tangan sendiri. Jari aku masuk dalam mulut ikan. Rare tak rare kan. Anak buah semua takut. Kelakar betul. 

Lepastu pergi kundasang. Kundasang sejuk. Malam sejuk gila. Pagi menggigil. Aku suka duduk Kundasang. Kundasang pagi memang fenfeeling oversea sangat weh. Ni aku tak tipu. Tapi shopping sayur ke buah ke mahal nak mampuihh. Lagi murah cameron. Standard aaa kan. Mana nak sama harga.

Aku nak kabor ni. Kitorang konvoi 6 van. 1 myvi. 1 innova. 1 exora. Gila ramai kan. Best kot macam ni.

Adik aku sengal tangkap gambar cemni. Nampak lembu lagi menarik.

My family yaw. I wish semua ada masa ni. Tapi tak dapat.

The most annoying brother ever. *sigh*

Ni abang sulung gua. Aku syak ramai tak kenal beliau. 

Ni rumah sedara kat KK. Tak tahu pulak ada sedara kat KK. Rumah dia best engko tahu. Taman perumahan dia ada swimming pool. Pehhh aku kata. Best weh best.

Waklong

Waklong ni paklong and maklong. Sumpah aku cakap dorang ni pemurah sangat. Dorang support family aku dan semua sedara sekampung sepanjang trip kitorang kat sabah ni. Anak dorang aaa yang kahwin ni. Dari tiket kapal terbang pergi sampai la segala perjalanan di sabah hingga ke tiket kapal terbang balik KLIA. Gila tak pemurah kan. So, trillion million zillion thanks. Masa kat vietnam dulu waklong gak yang selalu belanja aku. I love you waklong. Hihihihi. *bodek*



Hari last gi snorkeling. Best tahu. Aku dah la suka main air. Bila masuk air nampak ikan banyak gila. Weh, EXCITED SANGAT SANGAT SANGAT. I love island so much. Engko tau tak pe perasaan kanak kanak tujuh belas tahun ni jumpa ikan nemo. Rasa nak jerit nak cakap kat semorang "aku nampak nemo weh" Nemo yang warna oren putih tu. Comelnya. Pastu nampak landak laut. Ni seram. Nampak obor obor. Aku kejar dia lari. Takut ehh dengan aku. Hihihi. Banyak la ikan aku jumpa tapi tak kenal. Penat main kejar kejar dengan ikan. Laju betul mereka semua tu. 

Ada satu whislist. Nak pergi maldives island sangat sangat. Please dream comes true. 

Shopping kat vietnam lagi murah dari sabah. Pffftt. Sebab tu aaa tak beli ole ole sangat. Sape yang dapat ole ole tu maka anda insan terpilih dan yang tersayang. Yang tak dapat bukan tak sayang cuma kurang. Kah!



No comments: