Saturday, April 19, 2014

Jaga hati.

Assalamualaikum wbt ('',)

Bismillah..

In the nama of Allah the most gracious and the most merciful.

First, lemme take a selfie. Hahaha. Annoying gila >·<

Jaga hati?

Nak cerita pasal jaga hati. Hati ni tak payah beriya sangat nak jaga. Kan dia duduk dalam tu elok elok confirm tak injured la. Hati ni tak akan rosak teruk unless kau merokok. Emm, ada kena mengena kan? Okay, good.

Tak payah nak pum pang pum pang sangat "aku dah penat. Takde sape nak jaga hati aku" Aku gelak. Gelak sangat dengan statement macam ni.

Cuba fikir balik kenapa korang rasa macam ni. Korang rasa macam ni sebab dah sampai satu tahap tu manusia lain tu dah taknak dengar cakap engko. Korang rasa ada yang tak jaga hati korang. Kan? Aku bagi korang peluang berfikir ni. Korang fikir lagi sekali korang tu jaga ke hati orang? Jaga ke?

Tak yah sembang la korang jaga hati orang. Sebab kalau orang yang jaga hati orang ni dia tak akan mengeluh dengan apa segala rasa yang dia rasa. Dia simpan. Sebab apa? Sebab dia betul betul nak jaga hati orang.

Aku ni banyak gak memendam rasa. Tapi aku jenis tak care sangat dengan surrounding sebab tu la takde nak peduli sangat pasal jaga hati ni. Aku sendiri tak peduli orang jaga hati aku ke tak sebab aku pon failed nak jaga menjaga hati orang ni. Hahaha.

Aku bagi satu tips. Penat dah jaga hati orang? Sila sado kan diri dan cuba untuk dah-tak-peduli-dengan-orang-lain. Pentingkan diri sikit. Sikit je. Bila kau rasa kau kuat sikit kau dah tak peduli pon apa orang nak buat kat kau. Bila kau fikir manusia manusia yg sibuk acah acah nak jaga hati kau tu dah tak jaga hati kau. Kau start frust. Sebab tu down saje. Lagi best bila kau ada ramai kawan tapi semua stok menganjing tak berhenti. Gurau kejadah semua nak kasar. Hahahaa.

Aku ni kering. Sebab tu aaa camni. Tapi aku pegang satu hati, Elin. Hihihihihi. *menggedik* *flip rambut*

No comments: