Saturday, April 12, 2014

Kepagian Sabtu

Assalamualaikum wbt (",)

Kepagian Sabtu.

Dah nak masuk dua minggu dalam bulan April. Aku ingat dah boleh slow down. Nak exam dah ni tapi tak. Makin busy. Sigh. Kadang buat kerja sampai tak sedar waktu rehat. Terlampau banyak homework. Ini okay. Terlampau banyak kerja sampingan. Ni tak okay. Tapi sejak dua menjak ni selalu drop kat orang je minta tolong buat kan. Semalam buat projek prinsip perakaunan rasa macam nak nangis pulak bila tersalah masuk kan debit kredit. Cilakak betei. Silly mistake ya Nurhanis. *sigh*

Sekarang balik sekolah malas nak makan tengah hari. Nak jamak dengan dinner sekali. Sekali makan hambekk kau banyak gila. Bila malam buat homework tak pernah katil tak sepah. Hari hari tidur dengan buku dengan harapan belajar dalam mimpi. Wkwkwk. Katil sendiri pon dah macam rak buku kot. Pemalas betul aku ni nak ngemas. Sekarang lebih suka duduk dalam bilik(dari dulu memang macamni) meroyan sorang sorang. Hahaha.

Semalam bertekak dengan satu manusia yang paling aku tak gemar dengan perangainya. Macam takde adab. Langsung. Masing masing ada ego sendiri. Ya, aku tahu. Tapi control la gila. Kau terus dengan ego sampai mati pon la takde orang yang suka nak berkawan dengan kau. No wonder la orang lain suka cakap yang idak idak pasal kau. Kau la yang cerita buruk kawan kawan pengawas dan exco aku. Berdesing weh telinga. Pedih. Aku tak hairan jugak kenapa cikgu cikgu dah tak pernah nak layan kau. Ikutkan hati ni marah tu marah sangat tapi bila aku marah pon tak guna. Cakap dengan kepala batu buat habis air liur. Jadi aku diam. Terus gelak dengan kawan kawan buat imbangan duga yang dah seimbang. Hahaha.

Aku rindu dengan orang orang yang biasa ada around aku. Aku rindu masa masa dulu. I miss everything.

No comments: