Thursday, April 3, 2014

Sembang berdua.

"Hai Anis."

"Ebaaaaaaa, rindunya."

Dia senyum.

"Anis sihat?"

"Sihat. Sihat sangat tapi hati sakit. Hahaha" Aku gelak.

"Dah kenapa hati tu? Berpenyakit apa pulak weh?"

"Entah. Sakit jiwa. Selalu sangat jiwa kacau."

"Taknak cerita?"

Aku geleng. Pastu sengih.

"Takpe. Dah ready nanti cerita tau. Eba ada je ni." Dia senyum lagi.

Aku diam. Belek belek novel yang aku tak baca pon.

"Kadang kan Nis, kita kena ni kena buat something yang sakit untuk orang lain tapi happy buat kita. Contoh macam kalau orang lain tu betul betul menyusahkan Anis, be honest je. Cakap dengan orang tu yang dia tu menyusahkan hidup Anis. Memang sakit nak telan apa yang Anis cakap tu tapi percaya la cakap Eba, nanti Anis dah tak penat macam mana Anis penat sekarang ni."

"Ebaaaaaa...." Aku nangis. Takde bunyi tapi airmata laju je turun.

Eba peluk aku.

"Eba tahu Anis tak kan cerita sebab Anis rasa benda ni tak penting pon. Thats why suka simpan sorang kan? Eba ada la Nis."

Aku kesat air mata.

"Anis nak cerita benda yg happy happy je kat Eba." Aku senyum.

"Anis poyo. Konon kuat. Padahal tak pon."

Aku gelak.

"Dah dah. Eba tak lama balik sini. Next week dah nak kena fly balik. Mungkin kalau jumpa lagi kita dua dah kahwin. Hahahaha"

"Hahaha. Taknak ngaku warganegara Malaysia aaaa Eba ni. Sama je. Poyo."

And the rest is our story..........

Aku rasa nak makan aiskrim ni. Pastu Eba belanja sedozen air revive tin. Takde kena mengena langsung aaa dia ni. Menyampah betul. Hahaha. Eba, jaga diri kat sana. Orang Mesia ramai je rindu kat Eba. Budak budak street tu nak lepak dengan kita. Dorang nak lima lima ada baru seronok nak maki satu satu. Kah!

Minggu ni minggu paling bosan. Huh.

No comments: