Tuesday, May 20, 2014

Entri meroyan. Kah!

Assalamualaikum wbt.

Esok Rabu. Paper addmath. Dan selepas tu boleh la nak terbalik ke tergolek. Tapi aku kena jawab paper bahasa arab. Aku forum haritu tak kan nak TH kot. Sumpah cakap makin nak habis exam makin malas nak study. Dan semakin susah soalan soalan yang diberi. Pftttt -.-

Awek Chuck Taylor-Nami Cob Nobbler.

Aku habis kan novel tu tak sampai 24 jam aku rasa. Aku kemaruk novel dan malas study. Tapi aku tau bila masa study aku. Harap buah hati tak mengamuk sakan aku cakap malas banyak banyak ni. "ORANG STUDY OKAY" Cara penulisan novel ni indie gila. Takde tapis. Mencarut ikut suka bapak dia dan takde langsung carutan yang sedap didengar. Semuanya harsh words. Hahaha. Sumpah lejen.

*tengok jari*

Pehal lubang semacam ni? Ini melecit paling rare sebab aku susun kerusi untuk hari guru haritu.

Congrats untuk semua-semua yang dah jayakan event tu. Lu orang boleh cakap memacam ke gua atas ketidakhadiran gua. Gua dulikpe. Sakit gak senanye bila ada yang perli perli and buat macam i'm not doing anything for that event. Celaka apa. Dah dah. Aku malas nak peduli lebih lebih. Benda memang dah tak boleh nak mewujudkan diri ennn nak buat cemana. Last but not least, tahniah untuk MT yg lagi tiga orang tu. Orang lain yg ajet ajet MT silakan rasa apa erti MT sebenar. Wakakaka.

Lepasni aku dah takde benda nak di-busy-kan. Pagi sekolah. Petang tidur. Malam ikut suka gerak hati aku la nak buat apa. Aku punya rutin ni kalau nak label bosan tahap impak maksima dah tapi takpe. Life student kot. Normal. Aku ni tengah membaja semangat kerajinan dalam diri. Hari hari semai insyaAllah rajin la aku. Wkwkwkwk *flip rambut*

The most important part is, aku kena STRONG. Nokhorom betul perangai acah acah paling hati batu dan gangster tapi malam dok rasa alone alone pastu nangis. KAH! (tolong jgn gelak) Strong aku ni meliputi semua di mana aku kena STRONG untuk STAY UP dan STUDY. Dari bulan satu dok set jam nak stay up. Lastnya bangun hanya untuk stop kan alarm je. Thats so me.

Strong untuk bangun tahajud malam dan istiqomah dhuha. Sumpah cakap. Ni paling mencabar. Syaitonnirajim banyak keliling aku. Hahaha. Tapi bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kan? So, tinggal aku je nak buat ke tak nak. Last, aku ni teringin benar nak jadi HULK. Hahaha. Entah la kenapa. Bagi aku ada dua makhluk hijau yang menawan hatiku ini. Eceh. First, shrek sebab aku rasa natang ni comel. Second, hulk sebab aku rasa dia tough gila.

Kadang aku malas nak strong strong sangat sebab aku tau. Bila dah strong ni abang aku ajak makan lamb chop aku malas. Member ajak lepak pon dah malas. Yang tak penting tu lagi malas nauzibilah. Aku lebih tahu aku. Bila strong tu maknanya aku dah cukup kuat untuk sendiri. Makan sendiri sendiri. Tengok tv sendiri sendiri. Dan semuanya sendiri sendiri. But, i'm still need you in my life. Thats all.

(you; merujuk kepada suka hati otak aku la nak maksudkan siapa)

P/s: aku tak jiwa kacau cuma meroyan nak taip panjang panjang.

P/s lagi : rindu IHZ <3

No comments: