Friday, June 6, 2014

Atok.

Assalamualaikum wbt ('',)

An entry.

Untuk ingat kembali.

Malam tu cikpiah call "ready ye. malam ni kami balik. atok dah tak stabil" Aku masih lagi tenang. And actually, hati dah banyak kali gelabah since atok keluar masuk hospital berbulan yang lalu. Too tired of crying. Hmm.

Around 11 pm incoming text "kami dah di kuala selangor. atok dlm ambulance" Aku memang nak tunggu lepak atas katil then tertidur. Sengaja belum isyak takut takut nanti tidur mati tak sedar apa dah. Around 2.30 or something kakak aku kejut "dik, bangun dik. atok dah takde." Sumpah cakap aku tenang lagi masa ni. Macam mana aku boleh tidur ni kan janji nak tunggu atok. Huh. Ambik wudhuk sembahyang isyak dulu pastu baru keluar rumah. Rumah atok dengan rumah aku sangat dekat. Kami jiran.

Keluar dari pagar rumah. Nampak ambulans. Lampu melilap. You know what the feeling that time. My heart breakdown. Terkejut rasanya. Masuk dalam rumah i saw atok terbaring atas tilam. Aku ingat atok tidur. Paramedik tengah check up and that moment i heard "jantung dah berhenti berdegup..." Luluh seluluh hati ni. Oh my.... Tengok cikpiah. Tengok ayie. Peluk cikpiah and i'm cried. Atok dah pergi.

Dorang bercerita sebelum turun ambulans atok cakap dengan paramedik "terima kasih ya. aku 'balik' dulu. doakan aku." Lepas turun ambulans dia baring kat tilam. Dia mintak air. "Wedang ea ngendi? Aku are mumbe" I can imagine how it sound. Atok dan jawa berpisah tiada. Hohoho. Lepas minum atok baring dorang kata mata atok pejam tapi mulut tak berhenti. Dan tetiba dia tarik satu nafas dan dia stuck. Atok tak nazak cuma organ dalaman dia memang dah teruk habis. Atok pergi dengan tenang.

Aku nak cerita. Since dia keluar masuk hospital dia banyak cakap pasal mati.

"bah, jari ni hitam hitam kenapa" "ala, ye dah nak mati ni" Kitorang gelak masa ni. Atok atok.

That day yang dia nak pergi tu dia cakap dengan maklong "Long, cakap dgn doktor baik baik, abah nak balik."

Atok really really know yang dia nak pergi that day.

Since nenek takde dia memang dah tak endah pasal life dia. Sakit dia ni pon dia macam malas sangat nak makan ubat. Maklong tanya "abah ni kenapa macamni? Rindu mak ya?" Dia angguk. He missed his wife a lot.

Atok nenek. Orang yang jaga aku masa kecik aku. Bukan atok nenek betul. But, they are my family.

Dulu aku pergi sana aku tengok atok nenek. Sejak nenek takde aku datang sana nak tengok atok. Sekarang atok takde. Aku nak tengok sapa?

Tearsdrop.

Alfatihah untuk Atok. Atok dah happy dapat jumpa nenek. Semoga syurga buatmu atok. Allah tahu apa yang atok dah buat. Atok cikgu. So, selagi mana orang amalkan ilmu dia selagi tu la pahala dia berjalan. MasyaAllah.

I miss them. A lot.

No comments: