Sunday, June 22, 2014

My besfweeeeennnn.

Aku ada sorang kawan. Nama dia Abu. Betul. Nama dia Abu. Bukan nama samaran. Kenal masa form1. Satu kelas sampai awal form4. Lepastu aku pindah kelas. Memang dah tak rapat sangat. Tapi bahan membahan tu mesti. Pertengahan tahun form4 dia kata nak pindah. Ingat bergurau. Rupanya betul. Retak seribu patah berjuta hatiku ini. Abu, kita dah janji nak habiskan form5 kat sekolah ni. Benci siot aku dengan kau ni.

Baru baru ni aku bukak buku nota form1 aku. Aku baca semua notes kau dalam buku aku tu. Tulisan besar gabak kau semua aku ingat. Kau suka cakap pasal friendship dulu. Aku rindu masa form1. Kau barisan depan aku. Suka sembang sama. Masa tu haziq budak kecik tu ada lagi. Budak tu banyak cakap. Kita suka marah dia. Hahaha. Masa form1 jugak suka buat bising. Ingat lagi masa kau kena cubit dengan Pengetua Jamil masa tu. Kelas tengah diam kau gelak dan dan dia lalu. Memang mendapat la kan.

Masuk form2 takde cerita sangat. Masuk form3 lagi sekali kau duduk depan aku. Bahan orang tak sudah. Kau memang budak menyakitkan hati la bu. Gila pon ye. Hahaha. Sakit usus perut kalau gelak sebab lawak kau. Masa form3 banyak janji janji long lasting fwenship poreber kita berdua. Hahaha. Aku ni kalau ingat gelak tak sudah tau.

Aku nak cakap. Since Abu dah takde aku dah tak ada kawan yang macam dia. Memang Abu annoying bg orang lain tapi tak bagi aku. Abu tak pernah menyusahkan aku. Abu tak pernah judge aku. Abu tak pernah bahan aku teruk teruk. Tapi sekarang tgk budak lelaki kelas aku kalau bahan aku macam aku ni heartless gila. Tak jaga hati aku langsung.

Memang Abu suka ambik bekal aku dulu. Tapi dia tahu terima kasih. Yang ada ni dah la meminta sikit terima kasih pon takde. Lately ni teringat kawan kawan yg dah pindah. Yg selalu buat aku gelak dulu dulu. Adel. Abu. Woi, aku rindu korang. Nyesal pulak pindah patah balik. Aku dah takde kawan yang masuk air tahap infiniti macam korang dua ni. Patutnya aku stay je kat simpang. Biar tahu kehidupan sikit. Hahaha.

Aku rindu kawan kawan yang pernah rapat dulu. Yang selalu buat aku gelak. Yang sama sama masuk air. Aku rindu zaman menengah bawah :(((((

No comments: