Wednesday, July 2, 2014

Alfatihah.

Salam 4 ramadan.

Alfatihah.

Dan..

Takziah buat diri sendiri kerana malas nauzibillah.

YaAllah nis oooiiii, setan dah takde pon kau jadi setan ye  - ckp dgn diri sendiri.

Seminggu dua ni mood swing memanjang. Adoiii. Malam susah nak tidur. Kejap kejap terjaga. Adakah daku menghidap insomnia? Kesian kat diri sendiri. Pukul 1 pagi bangun. Kang pukul 3 bangun lagi. Jakgi pukul 5 terpisat pisat tonyoh mata. Last sekali pukul 6 aku bangun lepastu otak jem. Sakit kepala.

Bulan Julai dah. Why so fasttttttt? Tak ready lagi nak trial. Spm nya lagi. Baru puasa empat hari dalam kepala otak dah setting memacam nak mercun apa. Tahun lepas aku anti-social. Sibuk dengan gadjet. Dah rupa manusia tak ada life. Boring betul. Tahun ni nak meroyan beli mercun pastu main sampai terbakar baju sendiri. Kalau dulu mercun mancis tu main letup je atas tangan. Tahun ni apa pulak yg letup atas tangan. Eksperimen mesti kena ada. Wajib. Mercun diri sendiri yg separa bahaya. Hehehe.

Sebab tahun ni tak beriya sangat nak raya. Baju sepasang je. Pastu tudung kang dua tiga hari sebelum nak raya baru aku cari. Dapat yg 5 hengget tu dah cun sangat. Baju raya tahun lepas tak terpakai. Ada yang pakai sekali dua. Pembazir tegar betul aku ni.

Sedihnya bila ramadan kali ini yg tersayang tiada di sisi. Yang pergi tak akan kembali, alfatihah. Anis rindu :'( Yang ada tapi sombong tahap giga dengan aku pon, alfatihah. Harap aku bukan tunggul la lepasni. Yang ada disisi tetapi menyakitkan hati, alfatihah juga. You guys made my day. Classmate yang tak habis habis pujuk aku suruh gi bazaar beli makanan. Sungguh aku malas tahun ni.

"Bila nak move on ni? Sedih je manjang?" "belum cukup strong nak move on, nanti aaaa"

Moga AnisMs tak kuat tidur puasa puasa ni....

No comments: