Sunday, July 13, 2014

Masak.

Salam 15 ramadan.

I miss blogging too much. Sangat busy walaupon malas nak study. Adehhhh. Perangai apa ni nis?

Seminggu kebelakangan ni sangat rajin memasak. Its been too long aku dah tak masak since duduk hostel masa form4 unless ada yg request "anis, nak makaroni carbonara". Tu laju je aku buat. Bila puasa fasa kedua ni kemain rajin duduk dapur. Fasa pertama puasa mama kakak aku panggil aku bagai nak roboh rumah sekalipon i tetap buat badak dan tgk heart s2 dan KTAR. Oh Amar Bahrin! Hehehe.

Aku suka sangat panggang memanggang ni. Setiap kali weekend haram jadah aaa nak study. Aku sibuk kat sinki siang ayam la siang burung puyuh la. Lepastu marinate tah ape segala rasa aku nak letak. Style aku masak terlampau inovasi ko tau. Aku suka tokok tambah resepi dan tak sukat. Main campak campak lagi membuahkan hasil katekoooo.

Semalam sabtu. Harini ahad. Dah mula dah tangan ni nak buat kuih raya. Memang betul apa yang disangka. Cukup tiga hari habis kuih tak sempat nak buat raya ni. Semalam kakak aku buat cornflakes madu. Aku tlg nyemak je kat tepi tepi tu. Harini aku buat muffin cekelat. Tak percayanya kak anisms yg pemalas nauzibillah ni buat muffin for the first time. *tepuk tangan beriya sekali untuk diri sendiri* Tunggu minggu depan. I nak buat chip chocolate. Kena buat lambat lambat kang abang bawak balik rumah sewa adik bawak hostel memang tak sempat raya. Abang aku suka kutuk chip choc aku tak sedap padahal makan jugak. Benci tau dgn abang aku ni.

Pagi tadi gi pasar. Dah lama tak pergi cari ikan pe jadah semua tu since i meningkat dewasa. Padahal masa darjah lima enam jahanam dulu beli ayam naik basikal je. Beli santan naik basikal ke pasar basah. Ini semua kerana abang abang aku lebih layak untuk ke pasar berbanding aku. Jumpa kawan mama "anak ke ni? *sambil tunjuk aku* dia ke yg nak memasak ni? (mama mengiyakan) tengok gaya macam pandai masak. Pandai masak ni." Oh makcik... Pehal puji puji ni. Kembang lapan saat tahu.

Harini sgt sgt sgt rajin. Balik dari kelas addmath pergi pasar. Pastu gi kedai kedai. Balik rumah buat muffin. Lepastu kemas peti ais. Ni memang ajaib. Aku selenggara peti ais. Manusia dlm rumah ni patut terkejut beruk okay. Lepas tu pukul 3 lebih dah semangat kupas bawang segala bawang. Blender segala galanya. Pukul 4 aku dah start masak. Pukul 5 stgh aku dah siap masak. Ya Allahh... Apahal rajin sgt? Ni mungkin faktor faktor dah nak kahwin kot. Hahahaha.

Masak tak sedap tu biasa. Tp bg aku 1st try aku yg sedap. Kali kedua dah tak. Sedih!

No comments: