Wednesday, July 30, 2014

Raya.

Assalamualaikum.

Salam 3 syawal. Raya kali ini tetap raya walaupon trial.

Trial + raya = teraniaya.

So here we go, malam raya. Gaduh dengan jiha siapa yg kena gosok tujuh baju melayu ni oii. Sebab aku memang failed sesangat menggosok. Aku iron dua pasang je kot pastu dengan baju sendiri. Yg lain hakak aku buat. Malam raya tak dapat main mercun macam dulu dulu. Aduuuh rindu. Duduk rumah bentang karpet. Vacuum. Banyak benda aihhh nak buat. Overnight sungguh.

Satu syawal. Sesubuh pagi mama dah kejut. Muka reda je bangun. Yelaa nak gi mejid kan. Lepas sembahyang raya gi kubur. Kubur nenek dengan kubur adik. Miss both of them. Tak gi kubur atok sidek dengan nenek yah. Aaaaa, ni yg buat aku nangis ni. Rindu baq ang dekat depa. Balik kubur baru tukar baju raya. Tahun ni warna cekelat.

Abah abang abang semua taknak beli baju raya. Bagusnya depa. Bila la aku nak berhenti beli baju. Abang abang dgn abah repeat baju raya few years ago. Adik adik beli aaaa sebab senteng sangat dah. Malam raya aku ni dah konfius cane nak bezakan tujuh baju. Aku pon beriya la ngukur pastu tulis nama. Sekali pagi raya baju abah tertukar dgn epi. Tak pasal pasal kena bengong sekali. Alaaa sorry aaa. Nampak sama aje. Hehehe. Salam raya part paling kelakar syahmi aaaa. Ngekek aku tengok videonya. Budak ni banyak cakap tapi salam minta maaf cakap "selamat raya bah, dah tu je" aduhaiiiii. Bengong!

Lepastu gi rumah atok. Cousins yg balik semua lelaki. Yg besar besar malu aihhh nak kacau. Raya ni banyak sgt kecau Iqbal dgn Irfan. Korang dua orang je yg kecik. Iqbal memang tak boleh jumpa arif dengan syahmi tah ape ape tah projek dia. Irfan sgt la antisosial. Main game aje kerjanya. Boleh la aku bawak bakul lepasni suruh letak gadjet memasing.

Cousin sebaya Oman. Pls stop growing up bro. Dah besar sgt tu. Masa bergambar pon lawak gak. Boleh pulak tertukar kopiah dengan ayah dia. Abang aku dengan cousin aku semua stok stok zirafah. Ni baka arwah nenek aaa ni kot. Sado je belum. CikZai kata lepas espiyemmm baru boleh jenjalan. Sedar diri sikit. Boleh la boleh la. Asal jalan.

Last raya 1st syawal tu rumah aku. Dah dua lebih. Sampai je rumah bukak aircond semua terbongkang. Ada dua family tidur aa semua kat kerusi. Pehhh, penat gila. Aku tunggu depa balik baru aku terbujur kaku tidak beriak. Hehehe.

Dah aaa. Lain kali sambung.



No comments: