Wednesday, September 17, 2014

Lantak

Jujur tu susah. Lagi payah.

Kadang aku rimas. Dengan manusia yang membina jurang. Yang cemburu entah apa apa. Pujuk la hati sendiri. Bukan semua milik orang jadi milik kau. Yang cemburu dengan fitrah manusia. Kalut betul rasanya.

Bila diri cuba untuk memahami dikata jangan risau boleh jaga diri. Bagus. Jaga la diri kau. Aku cuma hmm entah la. Susah nak kata. Jangan ada sikit pon terbit dalam hati tu bilang aku tak pernah cuba untuk faham.

Aku cuba. Banyak kali. Akhirnya aku penat. Aku ambil langkah untuk diam. Aku cuma doa pada Tuhan semoga Dia beri bahagia. Untuk semua.

No comments: