Friday, September 12, 2014

Myself

Assalamualaikum wbt (",)

I dont know what the hell is going on. Kali ini aku lebih pilih untuk dengar dan diam. Support member mana yang perlu. Sumpah cakap aku dah penat nak dengar. Tempias tu malu lebih dari segala galanya. Ada je yang mungkin kait sikit dengan aku. Yg buat hal mesti ada terlibat satu organisasi dengan aku. Sumpah aku malu.

Aku dah tak nak fikir lain dah lepasni. Mind set aku spm spm spm. Tak lama dah ni. Pulun oi pulun. Kat dalam kepala otak ni mama abah cikgu je. Sebab dorang nak sangat aku berjaya even aku ni manusia paling kuat tidur, malas macam badak berendam, degil kepala batu, pegang buku tenggelam timbul, main internet doplahpatjam macam tak ada hari esok. Yeahh thats me. Really.

Bila mama kata "belajar la. Mama tengok tidur je. Bangun malam solat, puasa bla bla bla"
InysaAllah ma insyaAllah.

Bila abah kata "belajar nis. Siapa lagi yg nak tolong diri kau kalau bukan diri sendiri. Abah tak boleh tolong"
Okay bah okay.

Satu pon aku tak pernah lupa apa mama abah aku cakap. Sedih gila padu aku cakap bila mama abah harap tinggi tapi aku effort pon takde. Sigh. Aku termenung sekejep. Apa yang aku nak aku order je pastu dapat. Apa yang mama abah nak bukan duit pon belajar rajin rajin tapi malas. Allahu. Ni buat aku sedih sendiri.

Masa form4 duduk kelas pertama bila form5 jatuh kelas kedua memang sangat sangat down buat aku masa awal dulu. Sedih baq ang. Rasa tercabar sangat sangat. Sekarang ni aku nak buat diri aku level level je dengan budak kelas pertama. Aku tengah cabar diri aku. Aku cuba. Aku janji nak buat mama abah cikgu cikgu bangga dengan aku. Aku cuba.

Wahai malas tolong pergi jauh jauh.

Hai cuti sekolah, kita dating eh tujuh hari seminggu ni study malam plus qiam. Tau? InsyaAllah.

Do pray for me. Thanks :)

No comments: