Friday, September 5, 2014

Qalbu

Jangan gurau sembarangan dengan hati perempuan.
Mungkin nampak teguh
Tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.

Mungkin rasa hanya sekadar kawan.
Tak kan nak berkawan pun salah kan?

Tapi, sedar tak, ada hati yang tersentuh?
Dengan setiap kata-kata yang penuh dengan rasa ambil berat
Atau pun pemberian yang menyentuh hati

Terima kasih banyak banyak
Namun jauh di sudut hati
Hati tersentuh
Hati terusik
Iman bagai bergoyah
Namun Alhamdulillah selagi namanya muslim cuba bertahan

Jangan permainkan hati
Kalau tidak
Katakan tidak
Tak perlu terus bermain tali
Bimbang tali kan kusut nanti

"Jangan mengetuk dan memberi salam jika tidak berniat untuk masuk"

"Air sungai pun berubah inikan pula hati orang" - Sebab tu kena suruh Allah jaga. Suruh manusia memanglah. Hati sendiri pun susah nak jaga.


No comments: