Sunday, November 30, 2014

Give and take.

Hidup dekat bumi yg bulat penuh dengan celaka nya manusia palat nya dunia.

Satu yang perlu. Give and take.

Tak kisah la engko dalam family ke friendship ke relationship. Give and take wajib ada. Wajib. Tolak ansur kena selalu. Kalau benda simple sekecil kuman buat kecoh jadi gaduh jangan mimpi la nak hidup bahagia. Betul aku cakap ni.

Family. Gaduh mcm kucing anjing sekalipon at the end akan gather. Sebab? Sebab air yg dicincang tak akan putus. Sebab darah daging sendiri. Sebab satu mama satu abah. Sebab kita family. This is the main reason.

Friendship. Benci mana pon engko kat kawan kau. Rimas mana pon engko. Menyampah mana pon engko. Cari masa untuk jujur luah apa dalam hati dan duduk secara meja kopi. Cakap. Jangan sembang pum pang pum pang kutuk member belakang. Memang madafaker la. Tipu la tak pernah gaduh dengan member. Mesti ada. Tapi satu aku cakap. Kena give and take. Masa gaduh find some space. Tenang kan diri. Cari satu masa jumpa. Luah semua. Tapi satu aku nak ingat kan jangan jadi minyak bila api tengah marak. Kawan kita marah kita. Kita diam. Kalau kita tengah marah. Kawan kena diam. Kalau dua dua nak marah mana jalan. Api api dengan api makin marak la. Cuba jadi air. Batu pon kena air lama lama lembut. Lagi la hati manusia ni.

Relationship. Pesen asyik nak gaduh dengan makwe pakwe je manjang pon tak leh gak. Pastu meroyan dekat laman sosial. Kisah cinta memasing simpan dalam kocek memasing lerr. Kalau gaduh jangan gaduh kat twitter. Jangan perli perli kat moments. Grow up la. Tapi kalau rasa tak matang tak payah get into in a relationship. Masak kau hari hari nak gaduh pastu meroyan. Get a life please.

Untuk aku. Apa yang aku rasa. Kalau aku tak puas hati aku diam. Aku pendam. Selagi aku tahan sampai aku reput la aku diam. Tapi kalau aku tak tahan lancang jugak mulut ni nak berkata kata. Masalah aku satu je la. Aku dendam orangnya. Setiap inci benda benda yang buat aku sakit aku akan ingat. Aku ingat je la. Bukan nak balas dendam pon.

Lagi satu. Tak puas hati cakap depan. Itu je. Kau bagi indirect tweets. Perli kat moments. Sumpah tak menyelesaikan apa apa.

Last, give and take. Tu je ---

No comments: