Friday, December 19, 2014

#AnisMSVacay Part2

Assalamualaikum wbt.

Family day kali ini di sunway sahaja. Macam biasa 3 hari 2 malam dan semua free. Stay di sunway pyramid tower. Ini feveret okay. Hihihi. Sedikit menggangu percutian kali ini :

1. Kamera dslr rosak. Wadefuuu gambar semua guna fon. 
2. Tahun ketiga CEO abah kata trip sepatutnya ke singapore ((ahhh ini semua sembang daku tak kan percaya lagi. dusta belaka))

13/14/15 Disember 2014

13 Disember - Sabtu. 

Check in dah nak dekat pukul 7. Malam tu dinner. Memang masuk ballroom lambat sangat. Family aku last masuk ballroom tu. Masuk ballroom semua pandang acah acah tengah red carpet sangat. Dengan salah mejanya. Hahaha. Budussss

 
With my beloved. Baju sama hihihi.

OOTD. Tudung hanan amani. Jubah calaqisya. Haktuih aku punya acah acah.

Gambar family tak ada sebab adik adik tak suka selfie. I start to hate all of you adik. Herggghhh -.-

14 Disember - Ahad

Masuk sunway lagoon. Terbakar muka aiii. Hikhikhik.

Suwekkk ke? Puih la.


Family day dgn raya je boleh tengok kami sedondon gini.

Scream park dia makin seram sekarang. Cilaka punya zombie.


Erti bahagia buat kami bila dalam air ramai ramai ni ialah bila dapat menenggelamkan satu sama lain sampai  dia lemas dah tersedut air banyak hahaha. ((tak boleh buat depan mama nanti kena marah. keep it secret ok))

Malam kedua tu dinner buffet kat hotel. Syurga makanan betul. Lama gila aku makan. Dah la sedap. I'm food lover. Semua makanan adalah wajib dirasa. Aku punya port makan hujung betul. Lampu malap sangat. Dah boleh jd candle light dinner sebab aku berdua je dengan akak aku lepastu jauh dari manusia durjana yang lain. Lepas makan aku main bowling dekat sunway pyramid tu memang nokharom kalah dengan adik. Hahaha. Lepastu balik hotel aku tidur sensorang sebab kakak dah balik Uitm. Katil besar tidur sorang? Do you feel me? Heaven...

15 Disember - Isnin

Check out. Balik rumah. 





No comments: