Sunday, December 28, 2014

Terima kasih kenangan

Assalamualaikum wbt.

Hey. 2014 gonna end.

Tahun 2014 tahun terakhir sebagai pelajar sekolah. Tahun ni paling banyak cerita paling banyak kenangan paling banyak merungut paling banyak mengeji paling banyak merintih dan segalanya. Semua tu dah jadi kenangan.

Awal tahun 2014 sumpah aku penat dan sebenarnya sampai sekarang pon aku tetap penat. Penat dengan macam macam. At the end semua over aku happy dan okay je. Kadang kadang aku yang overthink sebab tu aku rasa macam aku penat memanjang. Kadang aku rasa aku alone tak ada yang support aku sebab tu aku penat. Dan kadang aku rasa aku punya cara je betul dan kena guna cara aku. Ni masalah. Semua penat.

Sekolah tahun ni macam macam nak describe satu satu aku tak sanggup sebab banyak sangat. Setiap titik peluh yang mengalir terima kasih sebab buat aku sihat sentiasa. Setiap langkah yang berjalan alhamdulillah Allah permudahkan kesemuanya. Setiap nota nota yang aku dah jual dekat surat khabar lama maafkan aku. Setiap air mata yang keluar terima kasih sebab kau jadi penawar saat aku tak mampu nak luah kepada sesiapa.

Untuk kawan kawan yang selalu ada disisi. Geng iblis. Barisan qiyadi exco dan pengawas. Batch EOB97. Kelasmet power 5 akaun 2. Ferqah perdana. Kelab kor kader polis. Persatuan bahasa melayu. Kelab bola jaring. Team netball. Team olahraga. Team debat. Team forum. Juniors and seniors. Dan semuanya yang pernah sama sama dengan aku masa gelak ketawa. Terima kasih.

SAMMPS taught me a lot. Banyak sangat dah aku dapat kat situ. Ilmu. Cikgu yang sabar dan penyayang. Kawan kawan. The most, kenangan. Tak boleh nak describe semua. Aku bersyukur sekolah sini kalau tak aku tak jumpa korang yang best best semua ni. Yang palat pergi jalan sana aku tak suka ambik port.

Saat berpisah paling perit rasanya. Aku tak ada pilihan dan kau orang semua tiada pilihan. Aku meninggalkan dan ditinggalkan. So aku assume mana mana orang yang dah tinggalkan aku ni kau tak ada pilihan. So aku chill. Aku senyum :)

Sakit  berpisah dengan kawan kawan ni tapi nak buat cemana life must go on. Janji la macam mana sekalipon nak keep in touch selalu lepak sama tak lupa akan contact selalu. Bagi aku janji ni cuma sekejap. Once kau dah busy kau akan lupa sedikit demi sedikit dan perlahan lahan lupa semua. Mungkin. Awal awal aku cakap. Aku memang bukan jenis contact member tapi percaya la aku tak lupa kawan and InsyaAllah sentiasa di hati. I do heart all of you.

Dekat sini jugak aku banyak kali gak dah kena tinggal dengan manusia manusia haram jadah betei segala janji manis dulu hanya seperti menanam tebu di tepi bibir. Takpa takpa aku ingat. Just as a reminder bukan senang aku nak move on. Twice kot kena. Sekali dah move on phewwww dia punya pergi jauh macam kalau boleh tak apa la tak kenal dulu agar hatiku ini tak berdarah luka seperti ini. Eceh kemain ayat bunga bunga aku. Korang yang pernah jadi kenangan manis dalam hidup aku yang pernah ada dalam hati dan mungkin selalu aku akan ingat semoga sihat dan tenang di dunia yang fana ini dan bahagia selalu serta masuk ke syurga firdausi satu hari nanti ok. Jangan aniaya orang lain ok. Treat them well and never hurt them ok? Aku takpe. Aku okay. Sebab korang ajar aku nak hidup lebih kuat dari sebelum ini dan jangan bergantung harap sangat kat hampa. So farewell memories.

Yang memang tak kan jumpa nanti. Kengkawan jaga diri ya. Aku rindu batch sangat. Dari orientasi sampai prom night kita aku ingat sebab korang semua ni macam satu anugerah yang power yang insyaAllah aku akan ingat sampai bila bila. Yang selalu kena bahan. Sorry. Its a joke guys. No offense okay? Smile.

Last, thanks for the memories.

No comments: