Thursday, February 26, 2015

Life tunggu result.

Assalamualaikum wbt ('',)

Spm leavers' life maybe.

Sepanjang tunggu result ni aku macam lifeless gak aaa senanya tapi sampai harini masih senyum dan ketawa. Okay, saya normal lagi. Awal januari kelas kat kolej yg dua minggu je. Bulan februari belajar kereta dan dah dapat lesen pun. Bagi budak budak baru nak up memang nak drive sahaja tapi mak aku ni pesen tak percaya anak. Sadis tau.

Satu petang cari barang dgn akak aku sampai sumbeso. Curi curi pergi. Aku drive. Balik rumah baru cakap dgn mama gi sg besar aku yg drive. Hahahaha. Dia okay je sebenarnya tapi dia nak ada org teman aku kat sebelah la. Gituw. Ada gak aku rasa nak gaduh dgn mama sampai cakap "mama, lesen ni nak buat apa kalau tak drive? Gantung ke frame?" Hahahaha

Lately ni mencampakkan diri dalam industri bertani. Tanam cili dalam pasu depan rumah. Seronok. Aku suka suka. Tapi kalau malas nokhorom mmg nak siram pon liat. Macam seronok tau gembur tanah tanah. Baja baja. Siram siram. Lecak dia boleh tahan. Sihat tubuh badan tau.

Tambah hobi lagi. Cari kain murah murah beli. Pastu belajar jahit dgn akak aku. Setakat ni dah pandai jahit seluar dgn skirt sendiri. Okay, bangga dengan diri sendiri. Huhuhu.

Disebabkan para para kaum adam sibuk nak ada bakal zaujah yg serba boleh dan hebat serta power. Aku sedang dalam usaha menajadi bakal zaujah yg terer lagi awesome dan meletop kebabommm. Engkorang sabar ok. Kejap lagi aku nak belajar pasal paip, letrik, motor dan macam macam lagi. Kahkahkahakah.

Sepanjang tengah hari di rumah aku ialah tukang masak terpaksa rela dan sekarang saya suka memasak. Engkorang tak akan lapar duduk dengan aku asalkan ada duit bagi aku beli ikan ayam ketam udang sotong dekat pasar. Nescaya perut engkorang bahagia suka ria.

Ni sebenarnya dah dalam tempoh untuk berserah dan tawakkal sahaja. Aku harap sangat apa yg aku buat tolong mama abah aku kat rumah ni sebagai berkat. Aku dah tak dapat nak buat apa. Studi dah. Exam dah. Last la, aku harap berkat mama abah tu ada dekat result spm tu nanti. Aku kecewa tak apa sebab aku dah pernah rasa masa sma dulu. Aku lebih fikir mama abah aku dari hati aku sendiri.

Ada result yg mampu bawak aku sambung belajar dan banggakan mama abah. Cukup. Aku syukur sangat dah.

No comments: