Thursday, February 19, 2015

Luahan rasa

Rasa nak protes. Rasa nak memberontak.

Entah la. Apa yg aku buat semua tak kena. Hari hari mintak tolong aku. Aku buat. Tapi bila marah sembur sedas je kat aku. Terasa hati. Sentap. Sentap. Sentap. Kadang apa yang aku buat sama je dengan apa yg orang lain buat. Orang lain tak kena marah. Sikit pun. Aku kena. Teruk.

Kenapa macam tak adil? Padahal kita semua sama.

Aku tengok dan perhati. Semua yg orang lain buat aku buat jugak. Tapi dorang tak kena marah. Kenapa aku yg kena marah? Rasa nak duduk sensorang kat muka bumi ni tapi tak mampu sebenarnya. Akhirnya aku diam buat apa yg aku suka ikut hati aku.

Banyak benda yg tak adil. Entah la. Ke perasaan aku je? Banyak benda tak terluah. Aku sabar. Aku sabar. Aku sabar. Sampai satu aku masa aku akan lepas tapi aku tak nak kurang ajar. Banyak cakap salah. Diam pon salah. Banyak cakap orang kata menjawab. Diam dikatanya bisu ke tak tak tahu nak bersuara. Biar la aku diam. Biar lidah aku tak sakit kan hati sesiapa. Lidah ni bisa kalau tengah marah.

Kenapa orang tak faham aku? Hmm. Biasa la. Kaki aku pun tak pernah nak faham aku ke mana aku nak melangkah. Usus aku pun tak pernah faham aku nak makan apa. Telinga aku pun tak pernah faham aku nak dengar apa sebenarnya. Kesimpulannya, aku sendiri tak faham diri sendiri kenapa orang lain nak faham aku. Kan?

Duduk jauh sikit. Diam dan perhati. Aku sendiri lebih baik.

No comments: