Friday, February 27, 2015

Terapi diri

Hai. Late night entry.

Something yg aku rasa aku patut cakap tapi aku malas nak cakap. Lebih prefer cakap dekat diri sendiri. Terapi diri mungkin.

Macam pelik tiba tiba dengar ada orang tak puas hati dengan diri ni. Rasanya aku tak pernah usik dia. Amboi, nak caras life aku ke apa? Lagi pedih dia tu kawan dan tak pernah terfikir sikit pon dia nak bercakap pasal aku sampai macam tu sekali. Kecewa dan sedih. Sebab aku ingat kau kawan aku. Sebab aku ingat lagi kita sama sama jalan kaki. Sama sama ke sana ke mari. Satu masa dulu kita selalu sama sama.

Kawan lagi. Kenapa kawan tu boleh sentap kat aku. Boleh merajuk dengan aku. Boleh tarik muka dengan aku. Boleh buat aku macam kayu. Boleh buat aku macam tunggul. Dan aku tetap hadap je dan senyum. Kira ok je semua ni. Aku nak balas balik boleh je aku rasa tapi entah la. Aku ni pesen manusia tak sampai hati. Serius cakap.

Aku ada kawan. Just imagine kalau bertiga. Aku tengah diam. Dorang berdua cakap bahasa yg aku tak faham. Aku boleh je nak sentap dengan dorang. Macam tak boleh cakap bahasa biasa je kan tapi entah aku buat tak kisah je. Lantak korang la nak cakap bahasa apa.

Let say pasal lepak. Kalau aku lepak dengan yg ini tapi yg tu tak ada kira aku tak ajak sekali. Yg tu sentap merajuk bagai kata lupa member. Ni aku nak cakap kalau yg tu yg ni yg sana yg sini lepak tak ajak aku tapi up gambar kat moments kat ig aku tak pernah bising. Aku tak pernah nak merajuk bagai. Weh, ku fikir aku dah besar. Aku dah matang. Aku boleh fikir.

Aku rasa life dengan kawan makin tak best bila makin besar. Dah nampak mana yang talam empat belas muka. Mana yg hipokrit tahap nak mati. Mana yg selfish nak mampus. Semua aku dah nampak. Aku hadap je.

Aku nak cakap satu je. Aku rasa manusia macam tak adil dengan aku. Aku baik dengan orang asal orang buat tak elok dengan aku. Aku malas nak ungkit. Buat apa aku nak ungkit. Selama ni aku tolong orang ke apa aku fikir "member. susah payah kena tolong." Tapi bila something jadi orang yg aku tolong la banyak cakap buruk pasal aku sumpah macam tak boleh terima. Kecewa.

Hipokrit. Kerek. Pentingkan diri. Pergi mati la.

Aku pernah terdetik dalam hati ni tak nak dah jumpa orang orang yg aku pernah kenal. Nak tukar number phone. Nak deactive segala laman sosial tapi entah la tak kuat. Tak kuat rasanya nak dengar org kata aku lupa member. Andai kata satu hari aku nekad memang aku nak kenal orang baru je. Yang pernah kenal nak jadikan sejarah dan kenangan yang mana aku jarang ingat.

Andai kata aku kena campak kat mana mana, alone pulak tu. Harap aku survive even tak ada kawan. Itu je. 

No comments: