Saturday, April 4, 2015

Pengalaman UKCG yang ada UAPJ

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman UKCG. Ujian Kelayakan Calon Guru.

Aku pilih option bahasa inggeris dengan pendidikan jasmani. So aku nak share serba sedikit pengalaman penat nak mati tahap nak arwah ni.

Sesiapa yang layak UKCG dia mesti akan menduduki ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal (UKF). Tapi disebabkan aku pilih option pendidikan jasmani aku kena ujian amali pendidikan jasmani (UAPJ).

UAPJ killing me already. Serious talk.

Ujian bertulis ada dua bahagian. Bahagian A 135 soalan. Bahagian B 60 soalan. Jawab spontan. Tak perlu fikir. Soalannya macam nak tahu kau ni cenderung ke tak nak jadi guru. Haaa gitu. Tak payah nervous sangat. Soalan tu tak perlu berfikir pon. KBAT jauh sekali. So steady je.

Lepas ujian bertulis terus ready untuk UAPJ. Masuk dewan yg ada air-cond aku macam batak gak aaa sebab sekolah dulu mana ada air-cond dalam dewan hihihi. Start isi borang pe semua lepastu kitorang warm-up dengan abang abang akak akak sem5 tak silap aku. Haa aku punya UKCG dekat IPG Raja Melewar, Seremban.

Lepas warm-up dah start UAPJ ada kumpulan kumpulan dia so ikut turn la. Ikut masa yg kau dapat. Untuk bakal bakal cikgu yg kena UAPJ aku ingat kan dan bagi pesan TOLONG ADA STAMINA KUDA DAN FIT. SERIUS NI!

Kesemuanya UAPJ ada 9 stesen. Berbanding UKF cuma 5 stesen. Berterabur. So memang penat gila sebab tak ada break untuk setiap stesen. Engko boleh mereput menyemput dan segalanya.

1. BMI - Body mass index. Check berat badan dan tinggi, Kalau bmi normal dapat sepuluh markah aku rasa.

2. Tekan tubi - Buat sebanyak yg mungkin. Akak tu suruh aku buat 30. Tak larat aku tangan aku dah tak kuat. Aku buat dalam 20 je.

3. Jangkaun melunjur - Dua kali dia kira markah. Tengok la jauh mana tangan kau boleh pergi.

4. Gelecek bola - Ada bola keranjang. Kena gelecek guna tangan keliling skittle. Ni kira masa. Berapa laju kau boleh pergi. Dua kali jugak.

5. Lari letak bongkah - Ada dua bongkah. Kena lari PECUT ULANG ALIK untuk letak bongkah tu. Jarak antara bongkah dengan garis mula besar gelanggan badminton. Kena laju. Ni catat masa. Aku masa ni kena lawan dengan lelaki. Memang lauk la.

6. Baling bola - Baling bola ke dinding. Jarak agak jauh. Ada target dia. Pastikan tangan kau kuat okay.

7. Bangkit tubi - Ada masa. Buat selaju boleh. Sebanyak boleh.

8. Lompat jauh - Kena lompat dua kaki. Jarak minimum 160 cm. Jarak maksimum 190. Melompat la engko sambil terbang.

9. Bleep test - Ni kemuncak. Paling penat antara penat yg ada. Untuk bebudak perempuan dorang bagi target 9.7. Kalau lelaki 11.7. Memang kepala otak dia aku cakap. Hahaha. Bleep test ni jarak dia 20 meter. Setiap 20 meter mewakili 0.1. Benda ni start dengan 1.0 dan benda ni semakin lama semakin laju. Sumpah penat nak mati tahap kejungkan otot betis.

Bleep test paling berat aku rasa. Sbb aku mintak option pj memang bebudak semua stok atlet. Aku ni lauk je. Dorang bebudak sekolah sukan. Bukit jalil ada bandar penawar ada. Memang stamina ada la dorang tu. Tengok calon calon lelaki lari sumpah best. Steady gila.

Aku ni kat sana usha sport shoes orang je. Really fall in love with every sport shoes hahahaha. Lepas UAPJ engkorang memang akan rasa segala urat sendi lenguh baq ang pastu korang mesti terlentang tidur dalam kereta lepastu sakit badan dalam 2-3 hari. Serius cakap.

Siapa yg nak jadi cikgu pj memang awal awal aku kata badan kena fit. Stamina kena ada. Aku dah rasa sakit badan tu lenguh tangan bagai tu seminggu aku tak masak tak larat nak angkat kuali kahkahkahkah.

Tapi benda yg kita suka bila kita buat benda ni jadi fun. 

1 comment:

Belles Roses 🌹 said...

kalau 9.7 tu berapa pusingan agaknya?