Friday, April 24, 2015

Temuduga Asasi TESL Uitm 2015 #ivTESL

Assalamualaikum.

Last week aku pergi iv untuk asasi tesl. First time in my life pergi iv so pengalaman memang tak ada. Lepas tahu dapat iv ni gelabah google macam macam and bit nervous sbb based on pengalaman yg orang pernah pergi macam susah sangat. Sigh.

Aku dapat iv ni dekat fakulti pendidikan sek 17 shah alam. Tak jauh tapi tu la dekat dengan tempat tempat industri haram jadah betul sesat hahaha. Okay format iv ni mula mula akan ada test dan lepastu baru iv session.

Masa test ada reading and comprehension macam SPM tu tapi vocab dia bombastik sangat. Benda simple dia just nak cerita pasal ekspresi muka tapi ayat dia memang aku pening kepala. Tiga ke empat kali jugak la aku read passage tu. Then, kena buat essay. Aku dapat tajuk how to cope stress. Hmm, aku yg stress buat essay ni. Sbb macam dah lama sangat tak buat essay vocab memang hilang dan lari begitu saja. Dengan biliknya sangat sejuk otak aku beku tangan aku gigil. Rasa fuck up gila. Hahahahahaha.

Lepas test terus pergi bilik iv ikut panel. Haa, lupa nak cakap masa test aku duduk dalam barisan yg sama panel dengan aku. Keluar dari bilik test rasa nak terkencing gila woi cari toilet la cerita dia. Masa tunggu turn untuk iv session kawan kawan baru yg sama panel dengan aku semua macam funny funny. Cakap sembang pe semua macam dah lama kenal. Padahal tak kenal satu sama lain kot. Bila ingat balik aku memang betul betul tak sangka aaa baru kenal berapa minit boleh bahan boleh gelak. Make a good relationship weh. Kot kot nanti tu la kawan masa kau buat asasi. Tak rugi pon beramah mesra.

Aku turn ke-7 untuk iv session serius cakap AKU TAK NERVOUS LANGSUNG! HAHAHAHA! Aku rasa kelenjar adrenal aku tak berfungsi kot. Eh tak, aku kan steady orangnya hihihi. Masuk bilik tu ahli panel mintak dokumen kita. TOLONG INGAT INI PENTING! Semua salinan ic sijil lahir mestilah DISAHKAN. Tak payah beriya sangat fotostat sijil sijil dorang tak tengok pon. Dorang just nak ic sijil lahir engkorang and parents korang je. Please sahkan before iv. Aku tak sahkan so memang payah aaa aku kena turun dekat pejabat fakulti pendidikan suruh sahkan pastu bagi balik kat ahli panel. Seriously leceh sangat. Sahkan awal awal ok.

Masa iv. Aku rasa ikut ahli panel la dia nak tanya apa. Masa aku dia tanya simple question je. Describe yourself. Be prepare dengan current issue. Ni wajib kot. Masa dia tanya pasal current issue aku bantai cerita pasal orang sibuk nak bina badan lepastu aku bagi contoh hobs dalam fast7 tu. Fast7 aku cerita incredible hulk pon aku bantai cerita. Bila ingat balik lawak gila dorang pon ketawa. Hahaha.

Sebenarnya tak kisah la apa soalan yg dia nak tanya. Just be confident. Dorang nak tengok kau boleh cakap ke tak. Grammar bantai tp jgn la nampak teruk sangat. Fully english please. After all, confidence is the key.

Some tips :

1. Untuk lelaki pakai la kemeja dan seluar slack hitam/biru gelap. Rambut kemas. Ada tie. Nak nampak kau la manusia paling cool pakai la hensem hensem dan wangi wangi.

2. Untuk perempuan memang ramai yg pakai baju kurung. Tudung kemas. Rambut ikat. Make up sikit (Aku tak make up pon sbb aku tak reti) pakai kasut bertutup. Ada heels pon okay nampak sikit keyakinan tu. Yg pakai suits make sure proper dan jangan seksi sangat ok.

3. Segala salinan ic sijil lahir dan sijil yg berkaitan tolong la sahkan. Ni penting gila kot aku rasa.

4. Be prepare.Confident paling penting.

No comments: