Tuesday, April 28, 2015

Temuduga PISMP #ivIPG

Assalamualaikum w.b.t.

Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2015. Interview Institut Perguruan.

Semalam 27 April 2015 aku ada iv untuk PISMP di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai. Untuk kali kedua aku attend iv dan aku rasa aku sangat steady buat kedua kalinya. Hahaha. Buat research sikit sikit pasal pengalaman orang yang lepas lepas. Tanya abang aku sikit sikit. Tapi memang banyak buat research kat google la. Really helps a lot.

Aku dapat iv untuk subjek pendidikan jasmani. Tak expect untuk subjek ni sebab masa UAPJ aku rasa aku kelaut habis la stamina tak ada semua entah apa apa. Bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk layak temuduga. Kalau surat tu cakap pendaftaran pukul 8 make sure engkorang datang before 8. Awal setengah jam pon tak apa. Tu namanya semangat dan betul betul nak jadi cikgu. Hahaha.

First of all, etika pemakaian mestilah kena gaya dengan seorang pendidik. Yang lelaki of course la pakai kemeja ada tie seluar slack hitam dan sepasang kasut kulit hitam. Serius cakap semua orang nampak kacak habis berterabur iman aku kahkahkah. Untuk perempuan pakai baju kurung please. Pakai tudung kemas kemas kasut kulit kalau boleh ada tumit. Aku ada tumit seciput je sebab aku tak suka tinggi tinggi kang naik tangga aku tak imbang. Aku admit la aku noob pakai heels. Please pakai nametag even dekat sana nanti ada bagi nametag sticky notes tapi ready je la dgn nametag nampak la awak semua ni ada gaya nak jadi guru.

Sebelum nak pukul 8 tu ada seorang Tuan ni maybe lecturer dia bawak semua calon temuduga ke satu bilik untu sesi taklimat. Bagi aku taklimat ni penting jugak la dia bagi pencerahan sedikit pasal iv ni dan tips tips yg berguna. Dia ingatkan pasal sijil borang dan segala-galanya. Semua calon masuk bilik dgn gaya yang paling berkarisma.

Masa aku iv ada 4 sesi dan 5 bilik. Sesi 1 pukul 9 pagi. Sesi 2 pukul 11 pagi. Sesi 3 pukul2 petang. Sesi 4 pukul 4 petang. Sepatutnya aku sesi 3 tapi rezeki aku kot ahli panel aku panggil aku awal so aku dapat sesi pertama dan aku dapat balik awal dengan hati gembira. Sebelum masuk bilik iv dia mintak kita punya dokumen tu make sure la engkorang susun elok elok WAJIB ADA GAMBAR dan letak la semua dalam file holder yg senang selak, Masa aku ada yg letak dlm sampul surat kesian panel tu menyusun.

Iv ni dalam kumpulan lebih kurang dalam 7-9 orang. Masa aku ada 8 orang. Duduk atas kerusi separa bulatan menghadap ahli panel dan belakang nya ada skrin putih. Lumrah iv la mula mula sekali kena memperkenalkan diri. Kenalkan diri dengan ringkas dan padat tak payah panjang berjela sebab ramai kot yang nak cakap. Aku pon cakap simple je. Brader sebelah aku tu baru lepas memperkenalkan diri lepastu dia pegang perut dia pandang aku dia cakap "lapar". Hahahahaha aku gelak secara perlahan padahal dalam hati dah berdekah.


Lepas dah memperkenalkan diri ahli panel bagi satu video untuk kita tonton aku dapat video ni.


Ahli panel tanya : Apa yg kitorang dapat dari video ni? Apa yg tersirat? Semuanya based on this video. Bagi la nilai nilai murni. Banyak jugak yg kitorang kupas pasal video ni.

Lepastu ahli panel tanya : Apakah isu pendidikan? 

Aku nasihatkan korang tak payah susah susah buka topik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tu. Payah nak goreng. Ahli panel suruh brader sebelah aku tu yg bg topik. Dia buka topik isu soalan UPSR bocor. Aku rasa dia memang dah ready untuk benda ni. Dia ni bagus aaa bukak topik ni senang aku goreng. Goreng pon kena ada fakta tau. 

Dah habis isu pendidikan dia akan test kita ni mampu ke tak nak speak in english. Simple question tapi ready je la. Aku rasa teruk gila aku speaking masa tu lagi better aku speaking untuk iv tesl. Haaa aku rasa sampai sini je la sesi temuduga aku.

Berdasarkan pengalaman aku untuk ivIPG dengan ivTESL keyakinan tu penting. Cara pemakaian adalah untuk menarik pemerhatian ahli panel. First impression too important guys. Aku rasa untuk temuduga ni kita yg bawa ahli panel ni untuk berbincang soal apa. Macam ivTESL aku bawak cerita hobs incredible hulk pe semua so ahli panel akan tanya pasal tu secara continously. Sama la dgn ivIPG dia tak adanya nak tanya yg jauh jauh mengarut bagai.

No comments: