Wednesday, July 29, 2015

Aku malu.

Hai.

Sedikit coretan ikhlas dari hati yang memendam.

Dulu aku tak pernah bertanya sebab. Aku diam dan telan dengan apa yang jadi. Satu persatu benda yang berlaku aku hadam sendiri. Bila down nangis sendiri sampai basah bantal. Bila suka gelak seronok sampai tak ingat apa apa yang menyakitkan.

Yang selalu ada hilang tiba tiba. Aku reda. Reda gila. Susah pada mula nya. Lama lama aku dah biasa. Sedapkan hati sendiri. Bukan semua orang ada masa untuk aku. Aku senyum. Aku tahu aku kuat aku hidup sendiri. Tak bergantung harap dengan yang lain. Aku tahu Dia yang selalu ada.

Satu jangka masa yang panjang yang tiba tiba hilang tu datang dengan mengejut. Kejap. Aku dah lupakan segalanya. I was really struggle at that time and you not in my memory anymore. Serious talk. Sumpah aku tak kan lupa macam mana aku mintak dengan Tuhan aku nak kuat. Aku tak nak sedih for no reason. Sebaik baik pendengar tu Tuhan yg satu. Betul. Rasa macam tenang bercerita walaupun tak nampak. Rasa lega. Doa senjata paling power beb. Tak tipu.

Sekarang rasa jauh sangat dengan Tuhan. Sibuk sangat dengan dunia. Sibuk sangat dengan manusia yg memang tak ada manfaat untuk aku. Aku sombong dengan Tuhan. Rasa dada ni sempit. Rasa susah. Aku ni susah baru nak cari Tuhan. Kalau senang nak jadi Tuan.

Malunya dengan Tuhan.


No comments: