Monday, March 7, 2016

Allah tegur sikit je ni.

Assalamualaikum wbt.

Pada suatu malam.

Malam tu course aku ada bbq night with all the respective lecturers and students. Memang really had fun la kan sebab the only event yang we as teslians gather together. The first and the last. Event start pukul 9 after isya'. Start dengan macam macam performance. Memang relax and santai habis. Cool gila. Sumpah tak tipu.

Orang main gitar. Sing a long. Jerit sana sini. Wow, its totally fun. Aku dengan housemates aku memang enjoy gila malam tu. Sebab sebelum tu teslian ada 4 tests straight dua hari kira malam tu reward for ourselves la. Event ni sebenarnya polite rave. Every performance harus la aku dengan housemates aku terjerit jerit sebagai tanda suport orang yg perform. Lagi lagi part beatbox. Style gila. Almost 11 oclock kitorang mashup few songs, lompat lompat, jerit jerit sampai tahap one of my lecturers ke depan ambik mic dan cakap "its almost 11 oclock you guys need to stop" Curfew time. Baru nak have extra fun. Hahaha.

Tapi memang aku duduk terus la masa tu. Nak dijadikan cerita kitorang tangkap gambar bawah lampu jalan. Banyak gila. Tak stop snap pictures. Ada satu gambar ni ada 'something' yang mungkin bukan dari dunia kita. Housemate aku tunjuk gambar tu keesokan harinya waktu siang tapi aku malas nak layan aku kata malam nanti. Malam tu aku tengok betul betul gambar tu and yeah that's it. Something yang sedang flying. But that 'something' blurrrrr. Semua orang yg ada gambar tu aku suruh delete. Dan dan la petangnya tu kitorang baru tengok Munafik. Haruslah level seram dia mencanak naik. Malam tu juga buat halaqah al-mulk. Iqamat tiap pintu dan tingkap dan semua jadi baik kahkahkahkahkah.

Bagi aku, sikit je la nak cakap. Peringatan untuk aku sendiri dan housemates aku semua. Allah tegur sikit je ni. Sikit sangat. Kami berlima malam tu dan semua dari kami merupakan sekolah agama waktu sekolah menengah nya. Malam tu aku rasa kami sangat liar. Kalau kau sekolah agama kau rasa event macam ni sangat liar padahal benda ni relax je bbq night tapi mungkin kitorang lupa batas batas yang perlu dijaga. Suara dan ikhtilat yang perlu dijaga. Jerit sana sini. Tu Allah tegur dengan macam ni. Lagi pon waktu maghrib sebelum pergi event tu tiada seorang pon antara kitorang yang mengaji quran. Biasanya setiap hari lepas maghrib kitorang semua baca quran kecuali period tapi tu la sibuk nak have fun sangat kitorang keluar rumah awal dan yeah TIADA SIAPA BACA QURAN MAGHRIB TU. AKU TERKILAN!!! Aku kotor waktu tu. But still rasa sebersalah sebab aku yg ajak housemates aku keluar awal.

Allahuakbar.
Aku rasa Allah rindu kitorang yang pakai tudung labuh. Yang dulu nya elok budi pekerti. Jujur aku kata housemates aku semua zaman sekolah dulu tak mencarut. Now, we curse everyday. Sigh. Salah kami semua. Tak nak salahkan persekitaran sebab ni semua sebab diri sendiri. Peringatan aku, JANGAN TINGGAL AL-QURAN!

No comments: